Penghidap gastrik antara yang terkesan dalam bulan Ramadan dan menjejaskan ibadah puasa mereka.
Namun jangan bimbang kerana dengan cara pemakanan yang betul boleh membantu mereka yang gastrik untuk berpuasa dengan sempurna.
9 Makanan boleh Diambil oleh Penghidap Gastrik
Jadi ini adalah 9 jenis makanan yang perlu diambil untuk atasi masalah gastritis sepanjang sebulan berpuasa.
9 Makanan boleh Diambil oleh Penghidap Gastrik
1) Sayuran
Pilihan makanan rendah lemak dan gula dapat mengurangkan asid perut dan bermanfaat untuk sistem pencernaan.
Pilihan yang baik adalah termasuk:
- Kacang hijau
- Brokoli
- Asparagus
- Bunga kubis
- Sayuran berdaun hijau
- Kentang
- Timun
Brokoli – sangat baik untuk mereka yang mengalami gastritis.
menjadi sumber serat yang baik
mengandungi sulforaphane tinggi – sebatian yang dapat membunuh bakteria H.pylori.
Jus buah – tidak disyorkan kerana kadar gula tinggi dan asid tinggi tanpa serat. Namun, jus dan smoothie sayuran sangat digalakkan.
Jus labu – contohnya, sangat kaya dengan nutrien serta dapat mengurangkan
2) Halia
Mempunyai sifat antiradang semula jadi dan adalah 1 rawatan semula jadi masalah pedih ulu hati serta masalah gastrousus lain.
Anda boleh tambahkan hirisan halia ke dalam masakan, smoothie atau minum teh halia ketika bersahur bagi meredakan simptom.
3) Oat
Jika anda tidak gemarkan nasi untuk bersahur, jadikan oat sebagai pilihan.
Makanan tinggi serat ini dikaitkan dengan risiko asid refluks yang lebih rendah.
Pengambilan roti gandum juga 1 pilihan yang baik buat penghidap gastrik.
4) Buah-Buahan Bukan Sitrus
Apa yang dikatakan buah-buahan sitrus? Buah seperti lemon, limau atau kiwi tergolong dalam kelompok ini, jadi elakkan.
Pilihlah buah-buahan seperti tembikai, pisang, epal atau buah pir yang kurang cenderung untuk mencetuskan simptom refluks berbanding buah-buahan berasid.
5) Daging Tanpa Lemak dan Makanan Laut
Daging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda, ikan serta makanan laut lain adalah rendah lemak dan boleh mengurangkan simptom asid refluks.
Protein membantu memperbaiki kerosakan yang dilakukan gastritis pada lapisan perut.
Penting untuk anda memilih protein tanpa lemak, kerana lemak daripada produk haiwan – kecuali ikan dengan omega-3, hanya akan memburukkan keadaan gastrik.
6) Putih Telur
Putih telur adalah pilihan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah gastrik. Sebaiknya, hindari kuning telur.
Ini kerana ia adalah tinggi lemak dan boleh mencetuskan sindrom refluks dalam badan.
7) Lemak sihat
Sumber bagi lemak sihat termasuklah avokado, walnut, biji rami (flaxseed), minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari.
Hadkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans serta gantikannya dengan lepak tidak tepu yang lebih sihat.
Makanan tinggi lemak sihat – asid omega-3, seperti salmon, sardin, biji chia dapat membantu mengurangkan keradangan pada lapisan perut.
Bahkan ia mempunyai kesan pencegahan terhadap gastritis berpunca oleh H.pylori serta gangguan gastrik lain.
8) Makanan & Minuman Probiotik
Jika anda penghidap gastrik, makanan probiotik seperti yogurt, kefir dan kimchi.
Kefir ialah minuman yang dibuat daripada susu melalui proses fermentasi.
Cara pembuatannya adalah dengan memasukkan butiran kefir ke dalam susu kambing atau susu lembu.
Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang melawan bakteria H.pylori, di samping dapat memperbaiki sistem imun.
Makanan dan minuman probiotik juga membantu meningkatkan kemampuan usus menyerap nutrien yang diperlukan untuk proses pemulihan.
9) Makanan Anti Bakteria dan Kaya Flavonoid
H.pylori adalah sejenis bakteria, maka untuk melawannya sudah tentu memerlukan sesuatu bersifat antibakteria.
Flavonoid terkenal dengan sifat antibakteria dan boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria termasuklah H.pylori.
Makanan seperti bawang putih, bawang, kranberi dan saderi merupakan sumber flavonoid yang baik. Manakala contoh makanan antibakteria adalah madu, halia dan kunyit.
Sumber Rujukan: HelloDoktor
Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-
- Matematik – Blog Kangaroo Math
- Sains – Blog Kancil Science
- Komputer Sains – Blog Beaver Computational Thinking’
- Ekonomi – Blog Kijang Economy