fbpx
tips puasa

7 Tips Puasa! Confirm Kekal Sihat Sepanjang Ramadan

Picture of Faris Yaacob

Faris Yaacob

Faris Yaacob is the freelance writer of the Kancil Science Blog and is passionate about all things related to reading and writing.

Berpuasa adalah salah satu cara untuk melakukan proses detoksifikasi.

Proses ini akan menjadi lebih mudah dengan mengikuti beberapa tips sihat puasa secara keseluruhan.

Semua orang pasti ingin kekal aktif dan cergas sepanjang bulan Ramadhan, bukan? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

7 Tips Puasa, Rugi Tak Cuba!

Berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadan agar tubuh kekal sihat semasa berpuasa:

7 Tips Puasa

1) Jangan Skip Sahur!

Ingat tau! Jangan sesekali skip sahur.

Sahur amat penting sebagai sumber tenaga seharian kita.

tips puasa

Berikan penekanan terhadap pengambilan nutrisi seimbang ketika sahur seperti serat tinggi dan protein.

Contoh:-

  • Serat Tinggi – kurma, kentang, sayur-sayuran dan hampir semua buah terutamanya betik dan pisang

  • Protein – telur, keju, yogurt atau daging rendah lemak

Kita boleh mengambil makanan seperti beras merah, gandum, dan oat yang memberikan tempoh kekenyangan yang lebih lama.

2) Penuhi Keperluan Air

Sebahagian besar tubuh kita terdiri daripada air. Jadi kita perlukan jumlah yang sama dengan air yang terbuang semasa kita berpuasa.

Penting untuk kita minum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari( mengikut berat badan).

tips puasa

Kita boleh penuhi keperluan air ketika berbuka puasa sampai waktu sahur supaya badan kita kekal terhidrasi.

Pengambilan kafein semasa berpuasa juga perlu dielakkan. Kafein bersifat diuretik yang membuat kita lebih sering buang air kecil, sehingga air di dalam tubuh cepat hilang.

3) Makan Seadanya

Tak dinafikan waktu berbuka merupakan waktu yang dinantikan oleh kita semua.

Tapi sayangnya, ramai daripada yang “tak ingat dunia” ketika waktu itu.

Sebab itu, penting untuk kita elakkan diri daripada makan dalam jumlah yang banyak dalam masa yang sama. Ini untuk elakkan daripada perut kita kembung dan kenyang.

tips puasa

“Tapi kalau kita makan sikit waktu berbuka, tak kenyang pula”

Jangan risau, semasa berbuka makanlah makanan yang ringan seperti salad buah, jus buah, kurma, atau air putih dahulu.

Selang beberapa jam kemudian, barulah makan makanan yang lebih berat pula. Haa gituu.

4) Elakkan Makanan Berminyak

Menu gorengan untuk berbuka puasa memang menggoda sangat! Ramai rambang mata membeli makanan itu di bazar.

Walaupun rasanya sedap tapi ada baiknya untuk kita elakkan segala bentuk makanan yang digoreng dengan minyak dalam jumlah yang banyak.

Makanan ini sebenarnya bahaya kerana boleh meningkatkan risiko kenaikan kolesterol dalam tubuh anda. Uishh nayaa pak karim.

5) Kurangkan Makanan dan Minuman yang Manis

Tips puasa seterusnya berkait dengan hidangan berbuka kita ya! Kita perlu kurangkan minuman dan makanan manis..

Ramai yang keliru dalam menafsirkan maksud ‘berbuka dengan yang manis’. Makanan atau minuman manis memang penting sewaktu berbuka untuk menormalkan gula di dalam darah.

tips puasa

Tapi kita perlu beri perhatian kepada hidangan makanan atau minuman manis yang dimakan. Apatah lagi jika rasa manis tersebut diperbuat daripada gula.

Tanpa kita sedar, minuman dan makanan manis yang kita ambil secara rutin selama bulan Ramadan akan menyebabkan kenaikan berat badan.

Kita perlu ingat, untuk memastikan tubuh kekal sihat sepanjang Ramadan, kalori yang dikeluarkan harus lebih banyak daripada kalori yang masuk. Ingat tu!

6) Bersenam!

Bulan Ramadhan bukan halangan untuk melakukan aktiviti fizikal.

Kita boleh melakukan senaman dengan intensiti ringan hingga sederhana selepas berbuka puasa (semasa tubuh sudah dipenuhi dengan tenaga)

Lakukan senaman selama 30 minit dengan jalan kaki, berbasikal, berlari anak ataupun senaman lain yang sesuai dengan keadaan tubuh kita.

7) Tidur yang cukup, Tips Puasa Penting!

Selain pengambilan makanan, tips puasa yang penting juga termasuklah jumlah tidur yang mencukupi.

Mengantuk semasa puasa bukanlah disebabkan tidak makan dan minum seharian, tetapi kerana kita tidak mendapatkan tidur yang cukup.

tips puasa

Anda tidak sepatutnya berjaga bagi keperluan yang tidak terlalu penting. Usahakan untuk tidur lebih awal dari biasanya seperti selepas solat tarawih.

Kekurangan masa tidur akan menjejaskan prestasi otak sehingga menghalang aktiviti anda yang lain.

Rujukan Artikel: jkn_sarawak

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?