fbpx

200 Kali Ganda Lebih Kuat Dari Logam, Pokok Sawit Bakal Meletakkan Nama Malaysia di Peta Dunia?

Bagi peminat Marvel pasti tidak asing lagi dengan Vibranium, di mana ianya dikatakan suatu bahan yang lebih kuat dari logam. Walaubagaimanapun, bahan ini sekadar logam fiksyen yang hanya wujud di dalam filem Black Panther sahaja.

Berbalik kepada realiti semasa, terdapat juga bahan yang mempunyai persamaan seperti Vibranium ini! Bahan tersebut ialah Graphene, sejenis bahan yang dikatakan 200 kali ganda lebih kuat daripada logam. Lebih menarik, Malaysia bakal menjadi negara pertama di dunia yang berjaya menghasilkan bahan tersebut. Pada ketika ini, Malaysia kini berada dalam landasan yang terbaik untuk muncul sebagai negara pertama yang berjaya menghasilkan Graphene.

Bahan ini dikatakan akan dihasilkan menggunakan sisa isirong kelapa sawit. Umum mengetahui, isirong kelapa sawit sangat sinonim dan negara kita mempunyai banyak ladang kelapa sawit yang berguna dalam penghasilan Graphene.

Berdasarkan laman web Graphene.info, Graphene merupakan satu karbon setebal satu atom yang tersusun dalam bentuk hexagon. Ia adalah blok binaan grafit (yang mempunyai pelbagai kegunaan, salah satunya ditemui dalam mata pensel), tetapi Graphene adalah satu bahan yang secara tersendiri sangat menakjubkan. Graphene dianggap sebagai ‘bahan ajaib’ kerana pelbagai ciri menarik yang mempersonakan yang dimilikinya.

Graphene juga adalah bahan paling nipis yang diketahui oleh manusia setakat ini, tetapi ia juga mempunyai kekuatan yang sangat mengejutkan, iaitu lebih 200 kali ganda lebih kuat daripada logam. Tambahan pula, Graphene turut memiliki tahap ketahanan yang tinggi terhadap api. Di samping itu, Graphene juga ringan dan pengalir yang efektif yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang industri.

Pada tahun 2004, penyelidik Universiti Manchester, Andre Geim dan Kostya Novoselov melakukan satu penyelidikan meluas berkaitan penghasilan Graphene dan mereka menemui cara mudah menghasilkan Graphene tersebut. Melalui penyelidikan berkenaan bahan itu, mereka berdua berjaya menerima Hadiah Nobel di dalam Fizik.

Berbalik kepada topik Graphene dan Malaysia, memandangkan Graphene ini boleh dihasilkan oleh manusia. Sebuah syarikat tempatan iaitu Graphjet Technology Sdn Bhd berjaya mencipta teknologi dalam proses pempatenan Graphene. Graphjet Technology yang ditubuhkan pada 2019, berjaya menghasilkan Graphene daripada sisa isirong kelapa sawit.

Sehingga kini, 30 000 tan sisa isirong sawit kering mampu untuk menghasilkan 60 tan Graphene pada setiap tahun. Sekiranya proses ini berterusan dan berjalan lancer, Malaysia bukan sahaja bakal menjadi negara pertama yang menghasilkan bahan ini, malah berupaya untuk mengeluarkan Graphene dalam skala yang besar.

Mengikut harga pasaran, harga purata untuk Graphen bermula dari RM1,300 hingga RM1,700 setiap gram. Namun, Graphene yang dihasilkan oleh Graphjet Technology dijangka akan dijual antara RM90 hingga RM 112 untuk setiap gram. Penurunan harga ini membolehkan Graphene berpotensi untuk menjadi pilihan untuk digunakan secara besar-besaran dalam pelbagai aplikasi.

Untuk makluman pelbagai pengaplikasian Graphene dalam teknologi sedang dibangunkan buat masa ini dan antara adalah penghasilan skrin telefon bimbit, bateri, kereta elektrik, dakwat, bahan komposit dan penapisan.

Graphjet Technology baru-baru ini juga menandatangani perjanjian penggabungan dengan Energem Corp dan penggabungan itu menjadikan nilai syarikat meningkat kepada RM 6.6 bilion. Mereka juga merancang untuk disenaraikan di Nasdaq tidak lama lagi bagi mendapatkan modal untuk mengembangan operasi. Toyota Trike yang berpangkalan di Jepun juga bekerjasama dengan Graphjet Technology untuk mendapatkan bahan ini untuk penghasilan basikal EV keluaran syarikat itu.

Siapa sangka, siapa menduga, pokok sawit bakal meletakkan nama Malaysia di peta dunia. Bukan itu sahaja, penghasilan Graphene ini mampu memberikan pulangan lumayan buat semua.

Rujukan Artikel: @richardker , @SiakapKeli 

Related Posts

Hi, how can I help you?