fbpx

Lensa Tiktok: Ejen Ali Versi Ikan? Kenali Splitfin Flashlightfish!

Hi semua, kembali lagi dalam segmen Lensa Tiktok! Melalui segmen kita pada kali ini, admin akan mengupas topik berkenaan spesies ikan yang sangat unik tetapi jarang dibahaskan. Hidupan marin yang admin maksudkan adalah Flashlight Fish.

Baru-baru ini, hidupan marin ini menarik perhatian di Tiktok kerana mempunyai ”mata” yang bercahaya. Kebanyakkan komen di laman sosial turut mengaitkan ikan ini dengan animasi Ejen Ali! Hmm menarik bukan?

Melalui artikel kali ini, admin akan membongkarkan berkenaan hidupan laut unik ini. Sebelum itu, jom kita saksikan terlebih dahulu video pendek tentang Flashlight fish!

Apa itu Flashlight Fish?

Flashlight fish (Anomalops Katoptron) merupakan haiwan marin bercahaya (bioluminescent) yang berhabitat di lautan tropika di seluruh dunia. Hidupan marin ini mempunyai 9 spesies di dalam keluarga mereka. Spesies marin ini merupakan sejenis haiwan nokturnal (aktif pada waktu malam) dan berkelakuan rahsia. Disebabkan ciri-ciri tersebut, haiwan ini jarang dilihat dan kurang dikaji.

Flashlight fish ini mempunyai kantung khas (organ) yang menonjol terletak di bawah setiap mata. Setiap kantung khas ini mengandungi bakteria bercahaya simbiotik (luminous bacteria).

Cahaya yang terhasil daripada bakteria itu boleh dihidupkan dan dimatikan. Melalui mekanisme putaran. Namun, spesies yang berbeza menggunakan mekanisme yang sedikit berbeza seperti:

  • menarik selaput hitam ke atas organ yang bercahaya
  • memutarkan seluruh organ yang bercahaya ke dalam kantung hitam

Sesetengah spesies (Anomalops) menunjukkan cahayanya secara berselang-seli selama beberapa saat dalam satu masa. Walaubagaimanapun, sesetengah spesies lain (Photoblepharon) menunjukkan cahaya secara berterusan. Spesies marin ini menggunakan cahaya tersebut untuk:-

  • membiak
  • mencari pasangan
  • berkomunikasi
  • menarik haiwan mangsa
  • mengelirukan pemangsa

Ciri-Ciri Flashlight Fish

  • Hidupan marin ini mempunyai sisik dan gigi yang kecil. Pada waktu siang, hidupan marin unik ini akan tinggal di dalam air dalam. Kedalaman air dalam dianggarkan di bawah 330 kaki (100 m) dan sedalam 1600 kaki (500 m). Kebiasaan hidupan akuatik ini berteduh di gua terumbu.
  • Manakala, pada waktu malam, hidupan marin ini akan aktif mencari makan di kawasan terumbu karang. Mereka memakan haiwan planktonik kecil yang dilihat dengan cahaya mereka.
  • Ikan ini mengeluarkan cahaya yang hampir berterusan semasa makan.
  • Dalam mencari makanan pada waktu malam, ikan ini bergerak sama ada bersendirian, berpasangan atau berkumpulan kecil.
  • Saiz ikan antara 3 dan 10 inci (7.6 hingga 25 cm) panjang / bergantung kepada spesies.
  • Spesies ini sering kali menjadi sasaran nelayan tempatan sebagai umpan.

Itu sahaja perkongsian admin pada kalini, diharap apa yang disampaikan oleh admin kalini dapat memberi manfaat kepada pembaca di luar sana.

Rujukan Artikel: @iqbalahyar , @aquatic.my , @Deep Marine Scenes

Untuk mendapatkan maklumat dan berita-berita terbaru dari Kancil Science ikuti media sosial kami di bawah. 👇

Related Posts

Hi, how can I help you?