fbpx

Eksklusif: Kenali Chooi Je Qin, Alumni Olympiad yang berjaya memasuki Universiti Harvard

Baru-baru ini, seluruh rakyat Malaysia menerima khabar gembira selepas enam pelajar Malaysia mencipta sejarah apabila diterima masuk ke salah sebuah universiti terkemuka di dunia, Universiti Harvard pada tahun ini.

Salah seorang pelajar yang diterima masuk adalah Chooi Je Qin.

6 pelajar Malaysia diterima masuk Harvard
Gambar ihsan daripada Facebook Ismail Sabri

Beliau merupakan pelajar yang aktif menyertai beberapa pertandingan anjuran ArdentEdu (Kangaroo Math dan beberapa pertandingan Olympiad).

Ikuti temu bual eksklusif bersama Jei Qin yang disediakan khas oleh admin!

Isi Kandungan

Pengenalan Jei Qin

Je Qin
Je Qin

Chooi Je Qin berusia 20 tahun merupakan salah seorang daripada 6 pelajar Malaysia yang berjaya diterima masuk ke Universiti Harvard.

Pemuda berusia 20 tahun ini dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bahru. Anak bongsu daripada 3 beradik ini menerima pendidikan awal di SJKC Foon Yew 5 dan SMK Sultan Ismail sewaktu di Sekolah Menengah.

Pada ketika ini, beliau sedang melanjutkan pelajaran A-levels di Kolej Tunku Ja’afar (KTJ).

Apabila ditanya mengenai perasaan beliau setelah berjaya diterima masuk ke Universiti Harvard, Je Qin berkata beliau langsung tidak menyangka untuk diterima masuk ke salah satu Universiti Ivy League tersebut.

Tambahnya, pada mulanya beliau tidak mempunyai perancangan untuk membuat permohonan ke Universiti Harvard. Namun, salah seorang rakan beliau di KTJ memberi cadangan kepada Jei Qin untuk membuat permohonan ke universiti terkemuka tersebut. Tanpa berfikir panjang, Jei Qin menerima cadangan rakan beliau sebagai cabaran baginya. Pemuda berusia 20 tahun itu turut berkongsi proses kemasukkannya ke universiti tersebut.

Ujarnya, beliau menulis esei yang diminta oleh pihak Harvard seminggu sebelum tarikh akhir permohonan kemasukkan. Selepas membuat permohonan, beliau menunggu hampir 2 bulan sebelum melalui proses temu ramah oleh 3 alumni Penemuduga Kolej Harvard untuk Malaysia.

Jei Qin turut berkongsi reaksi ahli keluarganya selepas mengetahui kejayaan beliau diterima masuk ke Universiti Harvard. Jei Qin berkata, pada awalnya kesemua ahli keluarganya tidak mempercayai tentang kejayaan beliau dan hanya menganggap itu sebagai usikan April Fool’s sahaja.

Ditambah pula, dengan saingan sengit antara 61,220 pemohon lain dari serata dunia dan kadar penerimaan kemasukkan untuk tahun ini yang terendah dalam sejarah universiti tersebut iaitu 3.19%. Namun, selepas mereka melihat sendiri surat kemasukkan rasmi Harvard, kesemua ahli keluarga Jei Qin teruja dan gembira ke atas kejayaan beliau.

Anak jati kelahiran Johor Bahru ini akan memulakan pengajian di Universiti Harvard pada September 2022 dan akan menceburi bidang Sains Komputer, Astrofizik dan kursus yang paling sukar di Harvard iaitu Matematik.

Apabila ditanya mengapa beliau berani mengambil risiko dengan memilih kursus tersebut, ujarnya  

“Saya gemar untuk mencabar diri saya, sebab itu saya menyertai beberapa pertandingan Olympiad”

Kami turut menyoal apakah cabaran yang bakal dilalui oleh Je Qin apabila memulakan pengajian di Harvard. Beliau berkata perbezaan antara sistem pendidikan Malaysia dan Amerika Syarikat mungkin akan memberi cabaran kepadanya nanti.

"Good morning Malaysia, your kid is going to Harvard"

"Good morning Malaysia, your kid is going to Harvard"

Kejayaan Jei Qin yang bejaya diterima masuk ke Universiti Harvard, dikongsi beliau di laman sosial Twitternya.

Ciapan Twitter yang dikongsi beliau menjadi tular dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Antara reaksi yang menarik perhatian admin adalah ciapan twitter yang mengatakan supaya Jei Qin terus memulakan kerjaya di Amerika Syarikat selepas tamat pengajian di Universiti Harvard. 

Namun, Jei Qin tidak bersetuju dan menepis kenyataan tersebut & menyatakan beliau akan pulang dan berkhidmat untuk Malaysia.

Apabila diminta untuk mengulas mengenai ciapan tersebut, ujar Jei Qin matlamat utama beliau adalah untuk berkhidmat di Malaysia.

Beliau menganggap kejayaannya memasuki University Harvard hanya sebagai platform terbaik untuk mengembangkan pengetahuan dan rangkaiannya.

Tambah pula, beliau masih berpegang pada prinsip asalnya iaitu mahu berkhidmat untuk Malaysia.

"Sekiranya tidak menyertai Olympiad, saya tidak terfikir akan diterima ke Harvard"

Perjalanan Jei Qin yang menyertai beberapa pertandingan anjuran ArdentEdu sehingga berjaya memasuki Olympiad, boleh dikatakan sebagai sebahagian perjalanan beliau sebelum memasuki Universiti Harvard.

Apabila ditanya mengenai pendapat beliau sama ada pelajar Malaysia perlu menyertai pertandingan seperti Kangaroo Math dan Kancil Science.

Ujarnya sekiranya beliau tidak menyertai pertandingan anjuran ArdentEdu (yang membuka peluang untuk menyertai Olympiad), beliau tidak merasakan beliau akan diterima masuk ke universiti terkemuka di dunia itu.

Tambahnya lagi, pertandingan Olympiad itu sememangnya diiktiraf di peringkat antarabangsa dan kejayaan beliau di Olympiad membolehkannya memasuki ke Universiti terkemuka tersebut.

Dalam menjawab pertanyaan tersebut, Jei Qin menyatakan setiap pelajar perlu mengambil peluang yang ada semasa di sekolah seperti menyertai pertandingan Kangaroo Math atau Kancil Science.

Melalui penglibatan pelajar dalam pertandingan tersebut dapat membantu pelajar untuk memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang baharu.

Tambahan pula, setiap pelajar perlu menanamkan sifat ingin tahu di dalam diri lebih-lebih lagi sewaktu belajar.

Liku-Liku Perjalanan Jei Qin

Kejayaan Jei Qin yang berjaya diterima masuk ke Universiti Harvard perlu dijadikan inspirasi kepada semua pelajar di luar sana.

Sebelum beliau merasai kemanisan kejayaannya, beliau turut melalui beberapa kenangan pahit dalam kehidupanya.

Pada tahun 2019, Jei Qin gagal memperoleh sebarang mata semasa di Malaysia Computing Olympiad.

Di samping itu, sebelum beliau berjaya diterima masuk ke Harvard, beliau turut membuat permohonan ke beberapa Univerisiti di luar negara namun setiap permohonannya gagal.

Antara universiti yang menolak permohonan beliau adalah, California Institute of Technology (Caltech) dan University of California, Los Angeles (UCLA). Namun setiap kegagalan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba dan bangkit sehingga berjaya memasuki Universiti Harvard.

Sertai Kancil Science Competition 2022 sekarang!

Akhir sekali, sebelum admin mengakhir artikel berkenaan kejayaan Je Qin kalini, admin dengan berbesar hati ingin mengajak pembaca di luar sana untuk menyertai Kancil Science Competition 2022!

Jadikan kejayaan Jei Qin ini sebagai batu loncatan buat pelajar di luar sana. Serlahkan kemampuan dan bakat anda dengan menyertai Kancil Science Competition 2022 & secara tidak langsung membuka peluang anda untuk menyertai International Junior Science Olympiad. Daftar sekarang!

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Faris Yaacob

Faris Yaacob

Faris Yaacob is the freelance writer of the Kancil Science Blog and is passionate about all things related to reading and writing.

Related Posts

Hi, how can I help you?