fbpx

Buletin Kancil: Imbau Semula Pencapaian Pasukan Malaysia dalam IJSO 2019!

Tahun 2019 merupakan tahun yang bermakna buat pasukan Malaysia dalam pertandingan International Junior Science Olympiad (IJSO) selepas mereka berjaya melakar sejarah tersendiri dalam pertandingan tersebut. IJSO merupakan salah satu daripada 12 pertandingan olimpiad sains antarabangsa yang diadakan secara tahunan untuk pelajar yang berumur 16 tahun ke bawah. Kejayaan mereka di dalam IJSO pada edisi 2019 ini, boleh dijadikan pembakar semangat buat pelajar di luar sana untuk menyertai Kancil Science dan seterusnya melangkaui pencapaian pasukan Malaysia yang terdahulu. Artikel kalini akan membawa pembaca untuk mengimbau semula kejayaan pasukan Malaysia di dalam International Junior Science Olympiad (IJSO) pada edisi 2019.

Proses Pembentukkan

Proses pembentukan pasukan kebangsaan ke IJSO 2019 ini memakan masa lebih kurang 8 bulan dengan proses penapisan pertama adalah melalui pertandingan Kancil Science Competition 2019. 104 orang pemenang pingat emas bagi kategori Gamma (Tingkatan 1-3) daripada pertandingan ini telah dipilih untuk bersaing dalam Malaysian Junior Science Olympiad (MyJSO) 2019 yang diadakan di Universiti Islam Malaysia Antarabangsa (UIAM) pada 20 Julai 2019.

Enam orang peserta terbaik daripada MyJSO 2019 pula telah dipilih pihak juri untuk mewakili pasukan kebangsaan ke IJSO 2019. Mereka ialah Amelia Jade Mae-Xian Lim (Sekolah Methodist Wesley), Chin Jia Yao (Chong Hwa Independent High School), Tay Yi Cong (Chong Hwa Independent High School), Haris Dani bin Erwin Dani (Pusat GENIUS@pintar Negara), Imran Adham bin Azmin (Pusat GENIUS@pintar Negara) dan Lai Bo Wei (SMJK Chung Ling). Mereka diiringi oleh Pn Anis Shahira binti Hadis dan Cik Nur Fadhilah binti Mokhrizal daripada Ardent Educational Consultants Sdn. Bhd.

Penganjuran

Detik-detik bersejarah pasukan IJSO 2019 ini bermula pada 3 hingga 12 Disember 2019. Bertemakan “Inspiring Today’s Generation For The Skills of Tomorrow”, kejohanan tahunan yang berpestrij yang bertempat di Doha, Qatar ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Penganjuran pada edisi kalini menerima beberapa tajaan daripada syarikat gergasi seperti Qatargas, Qatar Petroleum, Qatar Airways, Dolphin Energy, Pearl GTL dan banyak lagi. Di samping itu, pertandingan edisi kali ini turut mencipta rekod tersendiri kerana mencatatkan jumlah penyertaan yang tertinggi iaitu seramai 409 orang peserta daripada 70 buah negara.

Format pertandingan

Format untuk pertandingan ini diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu ujian teori (secara individu) dan ujian praktikal (secara berkumpulan). Pertandingan IJSO ini mengkhususkan kepada subjek-subjek utama sains tulen seperti Fizik, Kimia dan Biologi. Bagi ujian teori ini menguji pengetahuan peserta dalam kesemua bidang sains. Di mana, ujian teori ini terbahagi kepada dua bahagian yang diadakan pada dua hari berasingan. Pada 5 Disember 2019, soalan berbentuk aneka pilihan perlu dijawab oleh para peserta terlebih dahulu sebelum diuji dengan soalan subjektif pada 7 Disember 2019.

Ujian praktikal pula diadakan secara berkumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta daripada negara yang sama. Ujian praktikal ini memerlukan setiap kumpulan mengendalikan 3 buah eksperimen daripada 3 bidang utama sains ini. Bagi IJSO 2019, kesemua ujian praktikal ini saling berkait antara satu sama lain dengan objektif utamanya adalah untuk mengesan satu sampel air masin daripada 5 sampel air yang disediakan dengan menggunakan metodologi yang diberikan.

Pencapaian Pasukan Malaysia

Pasukan kebangsaan mencatatkan sejarah tersendiri pada edisi kali ini apabila kesemua peserta berjaya membawa pulang pingat masing-masing. Pasukan kebangsaan berjaya menggondol 1 pingat perak melalui Chin Jia Yao dan 5 peserta yang selebihnya memperolehi pingat gangsa. Ini sekaligus mengatasi pencapaian tahun lalu yang hanya membawa pulang 1 pingat gangsa.

Pencapaian pasukan Malaysia pada pertandingan International Junior Science Olympiad (IJSO) 2019 ini sangat membanggakan. Oleh itu, admin dengan berbesar hati untuk mencabar pelajar di luar sana untuk menjangkau pencapaian pasukan IJSO Malaysia 2019. Pelajar di luar sana boleh mencabar diri dengan menyertai pertandingan Kancil Science Competition 2022! Melalui penglibatan pelajar dalam pertandingan Kancil Science Competition 2022 akan membuka peluang untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan International Junior Science Olympiad (IJSO) 2022. Cabar diri anda sekarang dengan menyertai Kancil Science Competition 2022!

Related Posts

Hi, how can I help you?