fbpx
kelebihan berpuasa

Wow Baru Tahu! 5 Kelebihan Puasa Dari Sudut Kesihatan

Picture of Faris Yaacob

Faris Yaacob

Faris Yaacob is the freelance writer of the Kancil Science Blog and is passionate about all things related to reading and writing.

Ramadan tiba! Bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa, tidak makan atau minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Pada hari ini, bukan sahaja orang Islam yang mengamalkan puasa tetapi ia turut diamalkan oleh orang bukan Islam.

kelebihan berpuasa

Banyak kajian telah menunjukkan kelebihan berpuasa dari segi kesihatan.

Blog kalini akan kongsikan 5 Kelebihan Berpuasa Dari Sudut Kesihatan

Kelebihan Berpuasa

1) Berpuasa Membantu Mengawal Diabetes

Diabetes ataupun penyakit kencing manis merupakan penyakit kronik yang PALING KERAP dialami oleh rakyat Malaysia. Uishh seram ni.

Tapi betul ke betul ke bila kita puasa ni dapat kawal penyakit diabetes?”

Ya betul! Kelebihan berpuasa membantu mengawal penyakit diabetes. Ini bukan cakap kosong je tau! Ada kajian yang membuktikan fakta ini.

Kelebihan Berpuasa - Kurangkan Diabetes

Kajian telah dijalankan di Qatar melibatkan 1301 pesakit diabetes muslim berumur lebih 18 tahun.

Hasil kajian menunjukkan bahawa puasa di bulan Ramadan membantu pesakit diabetes dalam:

  • penurunan pada tahap kolesterol
  • tekanan darah
  • glukosa darah

Nota Kaki

Pesakit Diabetes sebelum anda berpuasa. Anda perlu berbincang dahulu dengan doktor untuk melihat jika anda cukup sihat untuk berpuasa.

Ada beberapa keadaan yang membuatkan anda tidak digalakkan berpuasa bagi mengelakkan risiko tertentu.

Tapi jika doktor beri lampu hijau untuk berpuasa, jangan lepaskan peluang ini tau!

2) Puasa Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Selain penyakit diabetes, penyakit kardiovaskular juga merupakan penyakit kronik utama di Malaysia!

“Apa benda penyakit kardiovaskular ini? Tak pernah dengar pun?”

Kelebihan Berpuasa

Haaa ini antara contoh penyakit kardiovaskular:

  • Penyakit Arteri Koronari (CAD) (Serangan Jantung)
  • Penyakit Serebrovaskular (CVD) (Strok)
  • Penyakit Arteri Periferal (PAD)

Faktor-Faktor Risiko

Semua penyakit ini mempunyai faktor-faktor risiko termasuk:

  • Kolesterol darah
  • Tekanan darah sistolik
  • Berat badan
  • Indeks jisim badan (BMI)
  • Ukur lilit pinggang

Tapi jangan bimbang! Kelebihan berpuasa mampu mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular ini.

Satu kajian telah dijalankan melibatkan 82 orang sukarelawan yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Sukarelawan tersebut berumur antara 29 hingga 70 tahun.

Keputusan kajian membuktikan MELALUI BERPUASA berlaku PENURUNAN yang signifikan pada faktor-faktor risiko yang disenaraikan di atas.

3) Berpuasa Menurunkan Berat Badan

Siapa dekat sini tengah bergelut nak turunkan berat badan? Melalui berpuasa dapat turunkan berat badan tau!

Berat badan bukan je penting untuk penampilan, tapi amat penting untuk kesihatan badan.

Berat badan berlebihan berisiko untuk hadapi penyakit

  • kencing manis
  • tekanan darah tinggi
  • masalah pernafasan
kelebihan berpuasa

Kelebihan berpuasa telah terbukti mampu menurunkan berat badan. Sudah tentulah, sepanjang puasa anda menahan lapar lebih 10 jam.

Tapi jangan terkejut, ada juga berat badan naik di bulan Ramadan ini sebab tidak menjaga pemakanan.

Yang berjaya turunkan berat badan ketika puasa, jangan selesa dulu! Cabaran yang lebih besar adalah untuk MENGEKALKAN berat badan tersebut.

4) Puasa Mengurangkan Simptom (GERD)

Penyakit GERD adalah disebabkan asid dan makanan di dalam perut tertolak semula ke saluran esofagus (tiub yang menghubungkan antara mulut dan perut)

Kelebihan Berpuasa

Gerd akan menyebabkan beberapa simptom, antaranya:

  • Pedih ulu hati

  • Mual

  • Muntah

  • Nafas berbau

  • Perut kembung

Kajian di Indonesia menunjukkan kelebihan berpuasa mampu mengurangkan simptom-simptom ini berbanding bulan-bulan lain.

5) Berpuasa Sihat untuk Otak

Banyak kajian telah membuktikan bahawa kelebihan berpuasa dari segi kesihatan adalah bagus untuk otak!

Ianya mampu meningkatkan daya tumpuan kita.

kelebihan berpuasa

Kita akan menjadi lebih fokus semasa perut kosong berbanding dalam keadaan kenyang.

Perut yang penuh sebaliknya lebih membuatkan seseorang mengantuk.

Puasa juga mampu mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti

  • Alzheimer

  • Parkinson

  • Huntington

Begitu juga penyakit demensia atau mudah lupa.

Jadi, puasa hakikatnya membuatkan otak anda kekal segar dan lambat nyanyuk.

Fuyooo banyak kelebihan berpuasa yang ada, sama ada telah dibuktikan oleh kajian saintifik atau masih belum.

Jadi, jangan sia-siakan peluang yang ada di bulan Ramadan ini untuk merebut semua kelebihan berpuasa dari sudut kesihatan!

Rujukan Artikel: HelloDoktor

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?