fbpx

#PesanOpah: Jangan Ambil Mudah, Ketahui Apa Itu Overthinking!

Opah yakin pasti ramai antara kamu semua selalu berfikir secara berlebihan tentang sesuatu perkara. Kemungkinan ada yang berfikir soal kehidupan, berkenaan urusan kerja/ sekolah dan tidak kurang juga yang fikirannya diselubungi oleh kesilapan lampau. Golongan yang sering berfikir secara berlebihan berkemungkinan seorang yang overthinking.

Overthinking

Apa itu Overthinking?

Overthinking atau berfikir secara berlebihan biasanya boleh mengganggu kualiti hidup seseorang. Apabila terlalu banyak berfikir khususnya perkara negatif, ia akan memberi tekanan dan seterusnya boleh menyebabkan serangan kegelisahan (anxiety). Bermonolog “secara dalaman” dan berfikir secara berlebihan boleh mempengaruhi corak pemikiran seseorang. Malah ianya boleh mencetuskan “kerosakan” yang mendatangkan kebimbangan melampau hingga menjejaskan kehidupan.

Mengikut psikologi, overthinking merupakan salah satu punca terjadinya kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety). Umumnya, ia akan dikaitkan dengan keadaan dipanggil generalized anxiety disorder (GAD). Gejala GAD merangkumi keresahan, kesukaran untuk memberi tumpuan dan mengalami masalah tidur. Mereka yang mengalami GAD kebiasaanya akan merasakan beberapa gejala seperti merasa bimbang secara berlebihan dan kesukaran mengendalikan rasa cemas.

Kesan Overthinking

Individu yang mengalami overthinking seharusnya tidak memandang remeh berkenaan masalah ini kerana ianya boleh mempengaruhi kesihatan tubuh badan termasuklah dari segi:-

  • Kesan pada otak

Tekanan cenderung member kesan mendalam pada organ. Hormon kortisol mampu merosakkan dan membunuh sel-sel otak di hipokampus (komponen utama dalam otak manusia). Tambahan pula, apabila terlalu banyak berfikir juga dapat mengubah fungsi otak dengan mengubah struktur dan aktivitinya.

  • Masalah penghadaman

Selain itu, overthinking dapat menyebabkan tekanan yang boleh mempengaruhi sistem pencernaan. Tekanan ini menyebabkan berlakunya masalah gastrointestinal seperti radang usus, sindrom jangkitan usus, gastrik dan sebagainya.

  • Masalah jantung

Di samping itu, apabila seseorang itu terlalu banyak berfikir dan bimbang terhadap masalah dan perkara yang belum berlaku turut membahayakan kesihatan jantung seperti degupan jantung menjadi laju, sakit dada dan sebagainya.

  • Masalah kulit

Akhir sekali, melalui overthinking boleh mempengaruhi kesihatan kulit seperti psoriasis, dermatitis atopic, pruritus, alopecia,areata dan dermatitis seboroik. Hal ini disebabkan oleh keradangan di dalam tubuh selain sistem kulit yang saling berhubungan cukup kompleks seperti sistem endokrin dan kekebalan tubuh.

Bagaimana Untuk Berhenti Berfikir Secara Berlebihan?

Untuk menghentikan berfikir secara berlebihan agak sukar untuk dilakukan. Namun dengan beberapa langkah yang konsisten, opah yakin kamu boleh mengehadkan corak pemikiran negatif dan melawan tabiat buruk ini.

  • Melakukan refleski diri

Antara langkah pertama yang boleh dilakukan adalah dengan memperuntukkan masa untuk refleksi diri. Melalui langkah ini, kamu dapat berfikit dengan lebih mendalam tentang beberapa aspek seperti apa yang boleh anda perbaiki tentang diri sendiri dan dapat mengenalpasti perspektif yang baru tentang sesuatu perkara.

  • Cuba padamkan fikiran negatif

Tanamkan diri kamu untuk berhenti berfikir tentang sesuatu yang boleh menjadi ‘penyakit’. Lazimnya, semakin kita cuba untuk elakkan pemikiran itu daripada bermain di fikiran kita, semakin besar kemungkinan untuk fikiran itu untuk terus muncul. Oleh itu, langkah terbaik untuk atasi isu ini adalah dengan mengalihkan perhatian daripada pemikiran negatif. Antara cara untuk mengalihkan perhatian negatif adalah melakukan aktiviti senaman, melibatkan diri dengan perbualan pada subjek yang berbeza dengan apa yang menganggu fikiran, membaca buku dan mendengar muzik.

  • Fokus dalam menyelesaikan masalah

Apabila kita terlalu menumpukan pada masalah ianya tidak sama sekali membantu menyelesaikan masalah. Oleh itu, langkah terbaik adalah dengan meluangkan lebih masa berfikir tentang cara untuk menyelesaikan masalah. Fikirkan langkah terbaik yang boleh diambil dan pelajari setiap kesilapan yang dilakukan supaya dapat elakkan pada masa akan datang.

Sebelum Opah mengakhiri perkongsian blog pada kalini, suka untuk Opah ingatkan bahawa permasalahan hidup memang tidak akan berkesudahan. Apabila kita bimbang terhadap perkara yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya tetap tidak menghalangnya daripada terus berlaku. Malah kebimbangan itu secara tidak langsung meragut kebahagian kita pada ketika ini.  Oleh itu, sebaiknya berhenti untuk menyalahkan diri ke atas kesilapan lampau, sentiasa berpikiran positif, sentiasa percaya akan diri dan berhenti untuk mengkritik diri sendiri. Akhir kata, Opah harap perkongsian pada kalini dapat membantu setiap individu yang menghadapi masalah overthinking.

Rujukan Artikel:  mstar, sinarplus, hello doktor & gegar.syok.my

Untuk mendapatkan maklumat dan berita-berita terbaru dari Kancil Science ikuti media sosial kami di bawah. 👇👇

Related Posts

Hi, how can I help you?