fbpx

Merungkai Insiden Misteri di Sarawak & Fenomena Hujan Meteor di Malaysia

Cahaya terang sinari ruang udara Sarawak cetus misteri dan gemparkan penduduk 😨😱

Baru-baru ini tular beberapa video di media sosial mengenai tahi bintang (meteor) dan bunyi dentuman yang kuat di Sarawak. Melalui perkongsian @nazriacai di Twitter itu, menjadi perbualan hangat dan mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Ciapan video yang berdurasi 0:25 saat itu sehingga kini mendapat tontonan sebanyak 5.7 Juta tontonan dan meraih lebih 22,700 ulang kicau di Twitter. Menerusi video yang dikongsikan itu, jelas menunjukkan langit di Sarawak disinari dengan cahaya misteri dan bebola api yang seakan akan meteor.

LONG MARCH 5B 🚀

Namun difahamkan, cahaya misteri berkenaan merupakan serpihan roket China jatuh di Laut Sulu. Serpihan roket Long March 5B milik sebuah agensi China disahkan jatuh memasuki Laut Sulu berdekatan tenggara Filipina, di mana serpihan berkenaan dikesan telah memasuki ruang udara bumi kira-kira pukul 12.55 tengah malam 31 Julai waktu Malaysia.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan serpihan roket berkenaan telah terbakar semasa memasuki ruang udara bumi dan pergerakan serpihan yang terbakar itu turut melintasi ruang udara Malaysia. Serpihan roket ini dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk ruang udara Sarawak. Walaubagaimanapun, serpihan itu difahamkan tidak mendarat di mana-mana kawasan berpenduduk.

SAMPAH ANGKASA?

“Sampah Angkasa” yang dimiliki roket Long March China yang terhempas di bumi ini dilaporkan mempunyai berat sehingga 22.5 tan. Masalah ini boleh dikatakan berpunca daripada serpihan roket itu memasuki semula ruang udara bumi tanpa kawalan. Di tambah pula, dengan negara China yang tidak berkongsi trajektori jatuhan kepada umum. Untuk maklumkan ini bukanlah insiden pertama objek angkasa China jatuh tanpa kawalan, malah sekurang-kurangnya 4 lagi telah dilaporkan.

Antaranya ialah:

  • April 2018 – Sebuah stesen angkasa yang tak lagi digunakan jatuh di sekitar Lautan Pasifik
  • November 2019 – Roket penujah peringkat awal daripada pelancaran satelit geolokasi Beidou-3 M21 dan Beidou-3 M22 telah jatuh memusnahkan rumah penduduk dalam Wilayah Xichang.
  • Mei 2020 – Roket penujah turut jatuh di sekurang-kurangnya 2 kampung di Ivory Coast. Unit yang jatuh tersebut didakwa seberat 18 tan daripada roket Long March-5B.
  • April 2022 – Indian Space Research Organisation (ISRO) mendakwa serpihan daripada pelancaran Long March 3B jatuh ke dalam negara itu. Serphian yang gambarnya dikongsikan kepada media adalah gelung berdiameter antara 2 hingga 3-meter yang seberat 40 kilogram.

☄ HUJAN METEOR ☄

Sebelum admin mengakhiri artikel pada kali ini, berikutan insiden ini menarik perhatian ramai yang menyangka serpihan roket itu merupakan meteor. Admin ingin mengambil peluang ini untuk memaklumkan tentang beberapa fenomena hujan meteor (meteor shower) yang bakal terjadi dalam tempoh yang terdekat, antaranya ialah Alpha Capricornid, Southern Delta Aquariid dan Persied Light.

Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga berpeluang untuk menyaksikan 2 daripada 3 fenomena ini. Langit malam di Malaysia akan diterangi oleh dua hujan meteor iaitu Alpha Capricornids dan Persied Light.

Alpha Capricornid

Pancuran Meteor Alpha Capricornid selalunya bersinar dengan terang dan berbentuk seakan-akan bebola api. Hujan meteor yang bergerak perlahan ini berasal dari gugusan debu komet 169P/NEAT yang berselisih dengan bumi. Dianggarkan terdapat sekitar 5 meteor per jam yang melintas di langit.

Tips yang boleh digunakan untuk mencerap Hujan Meteor Alpha Capricornid:

  • Untuk menyaksikan hujan meteor dengan lebih baik, anda perlu memilih lokasi pengamatan yang minima gangguan cahaya lampu dan tidak terganggu oleh pokok-pokok atau bangunan.

Perseids

Pancuran Meteor Perseids selalunya bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik. Anda boleh menyaksikan fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya.

Tips yang boleh digunakan untuk mencerap Hujan Meteor Perseids:

  • Pastikan cerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan, pokok atau rumah. 
  • Jangan duduk tepi tingkap rumah dan berharap dapat lihat meteor. Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.
  • Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lagi gelap lagi bagus.
  • Sesuaikan mata terhadap kegelapan selama 20 minit.
  • Tidak perlu melihat ke arah utara di buruj Perseus untuk melihat meteor-meteor ini. Ia akan muncul di mana-mana dan pada bila-bila masa.

 

Untuk mendapatkan maklumat dan berita-berita terbaru dari Kancil Science ikuti media sosial kami di bawah. 👇

Related Posts

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?