fbpx

#PesanOpah: Ketahui 4 Pemikiran Yang Akan Menghalang Kejayaan Anda!

Pengenalan

#PesanOpah merupakan suatu segmen khas yang mengkhuskan perkongsian berkenaan tips-tips yang menarik yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian. Pemilihan persona Opah sebagai simbolik utama segmen ini kerana persona Opah sinonim dalam memberi nasihat yang bermanfaat kepada setiap lapisan umur. Tambahan pula, admin berharap melalui pemilihan Opah sebagai persona utama dalam segmen ini dapat mendekatkan diri pembaca kepada topik yang admin sampaikan dalam segmen ini.

Melalui artikel kalini, admin akan kongsikan artikel berkenaan 4 pemikiran yang akan menghalang anda dalam mengecapi kejayaan. Dalam kita tidak sedar, kadang-kala kita sering tanamkan pemikiran ini dalam kehidupan seharian kita sehingga menghalang diri kita untuk terus berkembang.

1) “Saya belum bersedia/masih banyak kekurangan"

Apabila kita diberi tugasan dan tanggungjawab yang baharu pasti akan timbul keresahan dan ketakutan dalam diri kita. Hal ini kerana kita sentiasa beranggapan bahawa kita belum bersedia dan mempunyai banyak kelemahan sebelum melaksanakan sesuatu perkara yang baru.

Namun dalam tidak sedar, pemikiran tersebut sebenarnya menjadi racun dalam minda kita. Jika ditinjau dari aspek ini, kita sering menggunakan stigma ini sebagai alasan untuk elakkan diri daripada melakukan perkara tersebut. Apabila kita sering mengelakkan diri dalam melaksanakan tugasan itu, secara tidak langsung menghalang diri kita untuk terus berkembang dan meningkatkan kemahiran kita.

Antara usaha yang boleh kita lakukan untuk menghentikan pemikiran ini adalah dengan menerima dan meneruskan tugasan tersebut dengan hati yang terbuka. Usaha yang berteruskan akan meningkatkan  kemahiran dan pengetahuan kita. Tambahan pula, kita perlu sentiasa percaya pada diri sendiri dan tidak memandang rendah terhadap keupayaan & kemahiran yang kita miliki.

Kata pujangga pilihan Admin:

Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Tanpa permulaan, anda tidak akan menempuh kejayaan dan keuntungan.

2) “Saya tidak mempunyai masa yang mencukupi”

Setiap dari kita mempunyai jumlah masa yang sama iaitu 24 jam. Namun  yang membezakkan kita semua adalah cara penggunaan masa tersebut dalam kehidupan kita. Adakah kita menggunakan tempoh tersebut dengan perkara berfaedah ataupun menghabiskan masa tersebut dengan perkara yang tidak bermanfaat? Tepuk dada tanya selera!

Penggunaan masa adalah bergantung kepada keutamaan anda. Anda sendiri yang bertanggungjawab menentukkan penggunakan masa tersebut mengikut keutamaan anda. Sekiranya anda beranggapan anda tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mencapai matlamat anda, anda perlu mempertimbangkan semula keutamaan tersebut.

Kata pujangga pilihan Admin:

Buruknya mengenai masa adalah ianya akan terus berlalu. Baiknya mengenai masa adalah anda yang menentukan arahnya.

3) “Nanti saya akan lakukannya”

Sikap menangguh atau melambat-lambatkan suatu kerja tidak digalakkan kerana ia bukanlah sikap yang baik. Lazimnya, kerja yang bertangguh atau sengaja dilambat-lambatkan akan menghasilkan output yang kurang sempurna. Malah, adakalanya kerja tersebut langsung tidak menjadi dan terbengkalai begitu sahaja.

Sekiranya anda mahu melakukan sesuatu, lakukannya sekarang! Aspek-aspek seperti keingginan untuk kesempurnaan kerja, takut akan kegagalan dan kritikan akan menyebabkan keinginan anda untuk melengkapkan kerja tersebut akan terbantut. Hiraukan segala aspek tersebut dan fokus kepada kerja yang anda ingin selesaikan.

Kata pujangga pilihan Admin:

Api yang menjulang-julang bermula dengan percikan api. Tindakan yang kecil menghasilkan kesan yang besar.

4) “Saya nak lakukannya tapi.…”

Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Tanpa permulaan, anda tidak akan menempuh kejayaan. Sekiranya anda sentiasa memberikan alasan, secara tidak langsung anda membataskan diri anda daripada melakukan perkara yang anda boleh lakukan.

Kata pujangga pilihan Admin:

Individu yang gagal akan melihat alasan pada setiap peluang, manakala individu yang berjaya akan lihat peluang dalam setiap alasan. Renung-renungkanlah.

Kesimpulan

Di harap melalui perkongsian admin pada hari ini, akan membuka mata setiap pembaca untuk mengubah pemikiran yang dinyatakan oleh admin. Hal ini kerana, masa depan anda akan bergantung kepada pemikiran yang anda tetapkan pada ketika ini.

Kata pujangga pilihan Admin:

Jika anda berhasrat untuk menjadi orang yang berjaya, mulalah dari sekarang dan cubalah untuk melakukan sesuatu hal yang bermanfaat.

Related Posts

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?