fbpx

Lensa Tiktok: Penyu Hijau Perlukan Bantuan Anda! Hentikan Penyu Jantan daripada Pupus?

⚠ Isu yang Perlu Anda Tahu ⚠

Penyu laut adalah antara haiwan marin yang tergolong dalam spesies terancam. Jumlahnya di serata dunia direkodkan semakin berkurangan dari tahun ke tahun sekali gus meletakkan haiwan tersebut dalam kategori spesies terancam berstatus mudah pupus atau vulnerable (VU). Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), terdapat beberapa faktor dikenal pasti mengancam kehidupan spesies marin berkenaan. Antarannya adalah perubahan iklim, pemburuan dan pemerdagangan haram.

Dianggarkan bilangan spesies penyu adalah seperti berikut:-

  • Penyu belimbing  kurang daripada 25,000 ekor
  • Penyu karah 57,000 ekor
  • Penyu kempi 25,000 ekor
  • Penyu pipih 69,000 ekor
  • Penyu hijau 90,0000 ekor
  • Penyu tempayan 50,000 ekor
  • Penyu lipas 1 juta ekor
Penyu Hijau

Melalui Lensa Tiktok kali, admin akan mengupas dengan lebih terperinci berkenaan faktor perubahan iklim ke atas penyu hijau. Sebelum, admin mulakan artikel pada kalini, admin akan kongsikan satu video yang menarik tentang isu yang akan kita bicarakan. Jom kita saksikan!

Rujukan Video: Tiktok @iqbalahyar

☀ Ancaman Penentu Jantina Penyu ☀

Perubahan iklim yang juga dikenali sebagai pemanasan global merujuk kepada peningkatan purata suhu permukaan bumi. Perubahan iklim terjadi disebabkan oleh penggunaan bahan api fosil dari aktiviti-aktiviti manusia yang membebaskan karbon dioksida dan gas rumah hijau ke udara. Pemanasan global ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menimbulkan potensi ancaman kepada biodiversiti di seluruh dunia. Penyu hijau antara biodiversiti yang semakin terancam akibat daripada pemanasan global ini.

Pemanasan global memberi ancaman kepada spesies penyu hijau kerana faktor tersebut mempengaruhi penentuan jantina spesies itu.

Melalui masalah ini menyebabkan suhu udara dan suhu pasir menjadi tinggi. Suhu udara yang tinggi akan mengakibatkan suhu permukaan laut menjadi semakin meningkat dan memberi tekanan kepada penyu laut. Namun disebalik perkara tersebut, perubahan suhu pasir yang tinggi lebih berbahaya dan memberi ancaman kepada penyu hijau.

Penjelasan 🔎🔎

Suatu kajian penyelidikan mendapati bahawa hampir semua jantina bagi seekor penyu hijau yang dilahirkan merupakan penyu betina. Mengikut nisbah bagi jantina populasi penyu adalah 116:1, di mana bilangan penyu betina melebihi bilangan penyu jantan. Sekiranya trend ini berterusan, ia akan memudaratkan masa depan spesies tersebut.

Jantina untuk seekor penyu hijau ditentukan oleh suhu pasir semasa proses penetasan telur. Dalam situasi ini, persekitaran yang lebih hangat membawa kepada peratusan penyu betina yang lebih tinggi. Di mana suhu yang lebih panas iaitu antara 29.1 darjah Celcius dan ke atas akan menghasilkan penetasan penyu betina manakalah bagi suhu yang lebih sejuk akan menghasilkan penetasan penyu jantan. Dianggarkan bahawa peningkatan 2°C akan membawa kepada 99.86% kadar penetasan penyu betina. Ini membawa kepada nisbah jantina yang sangat berat sebelah dalam populasi penyu, seterusnya mengurangkan pembiakan dan saiz populasi hidupan marin tersebut.

Peningkatan suhu akibat perubahan iklim menyebabkan lebih banyak penyu betina dilahirkan. Ini memberi gambaran awal bahawa populasi penyu hijau boleh menjadi sepenuhnya betina dalam masa terdekat. Kekurangan penyu jantan dijangka akan menyukarkan penyu betina untuk mencari pasangan, ini menyebabkan wujud situasi kegagalan untuk membiak dan akhirnya berlaku penurunan populasi hidupan marin ini.

Situasi ini jelas mewujudkan kebimbangan terhadap spesies ini. Tanpa kewujudan penyu jantan, spesies ini tidak boleh membiak. Di tambah pula, dengan ancaman lain seperti pemburuan haram, pemerdagangan haram dan kehilangan habitat bermakna kita berisiko untuk kehilangan haiwan marin ini buat selama-lamanya.

Langkah yang Perlu Dilakukan 🏃‍♂️💨

Untuk menghentikan perkara ini daripada terus berlaku, setiap pihak perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan hidupan marin ini  dapat dilihat oleh generasi akan datang. Pelbagai langkah yang boleh kita lakukan untuk membendung isu ini. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah setiap individu perlu mengamalkan cara hidup yang lestari untuk mengurangkan pencemaran gas rumah hijau. Setiap individu digalakkan menggunakan mod pengangkutan hijau dalam urusan seharian, mengurangkan penggunaan plastik, meminimumkan penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui dan menanam lebih banyak pokok. Melalui pendekatan ini dapat mengurangkan isu pemanasan global dan seterusnya dapat menyelamatkan populasi penyu hijau.

Ingin tahu berkenaan mod pengangkutan hijau? Baca artikel penuh di sini!

Gambar Ihsan: Seatru

Dalam usaha kita membendung masalah ini daripada terus berlaku, terdapat juga institusi-institusi tempatan yang aktif menyelamatkan penyu. Antaranya ialah Seatru yang merupakan di bawah naungan UMT. Seatru telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan spesies penyu tidak pupus pada masa hadapan. Di mana, institusi ini membangunkan sebuah pusat pemuliharaan di Pulau Redang.

Antara langkah inisiaitf daripada mereka ialah membeli telur penyu daripada dijual oleh penduduk setempat dan tetaskan telur penyu berdasarkan suhu yang sesuai. Langkah ini merupakan satu usaha daripada mereka untuk memperbanyakkan bilangan penyu jantan dan meningkatkan saiz populasi hidupan marin tersebut.

Penutup 🛏

Sebelum admin mengakhiri artikel kalini, admin ingin mengajak semua pembaca untuk menyertai pertandingan Kancil Science Competition 2022. Kancil Science merupakan pertandingan tahunan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan pra-universiti yang bertujuan untuk mencabar pengetahuan Sains melalui pemikiran secara kritis, kemahiran menyelesaikan masalah dan pengetahuan Saintifik.

Melalui penglibatan pelajar dalam Kancil Science Competition secara tidak langsung membuka peluang pelajar untuk menyertai International Junior Science Olympiad.

Pendaftaran masih dibuka!

Related Posts

Hi, how can I help you?