fbpx

Buletin Kancil: Coretan Road Tour yang Kembali Menggegar Sekolah Seluruh Malaysia!

Pengenalan

Selepas 2 tahun Kancil Science Road Tour dibatalkan akibat masalah pandemik virus COVID-19, acara tahunan ini kembali lagi menggegar sekolah seluruh Malaysia!

Bagi yang tidak tahu, Kancil Science Road Tour merupakan sebuah mini seminar yang menerangkan berkenaan pertandingan Kancil Science dan memberi tips-tips menarik untuk menjawab soalan KBAT Sains. Mini seminar yang berdurasi selama 1 jam 30 minit sehingga 2 jam ini diadakan di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris mengikut pilihan guru yang bertugas.

Pasukan Kancil Science Malaysia bergerak ke serata Malaysia mengikut tarikh yang dijadualkan, bermula dengan lawatan ke bahagian Utara Malaysia sehingga ke bahagian Borneo. Sambutan Kancil Science Tour pada tahun ini sangat mengalakan, di mana kami menerima hampir 200 permohonan dari sekolah-sekolah diseluruh Malaysia. Namun setelah meneliti atas pelbagai faktor, pasukan kami hanya memilih 85 buah sekolah sahaja untuk kami lawati pada edisi kali ini.

Kemeriahan Kancil Science Road Tour untuk setiap sekolah yang terpilih jelas dirasai, guru-guru dan semua murid memberikan kerjasama yang baik semasa program dijalankan. Rata-rata murid sangat aktif melibatkan diri semasa mini seminar berlangsung sekaligus mewujudkan komunikasi dua hala yang baik antara penceramah dan murid-murid.

Pengisian untuk Road Tour dimulakan dengan pengenalan tentang pemilihan Kancil sebagai maskot utama pertandingan Sains ini. Apabila ditanya kepada setiap murid mengapa Kancil dipilih sebagai imej bagi pertandingan ini, rata-rata murid memberi jawapan berdasarkan cerita rakyat “Kancil dan Buaya”.  Di mana melalui cerita rakyat itu menggambarkan Kancil sebagai seekor haiwan yang cerdik dan licik. Namun di sebalik jawapan yang diberikan, terdapat sebab yang lebih lagi tentang pemilihan tersebut. Ingin tahu jawapannya? Nantikan kedatangan pasukan Kancil Science Road Tour ke sekolah anda! Seterusnya, program diteruskan dengan penerangan tentang pertandingan, objektif, silibus dan format pertandingan Kancil Science. Setiap murid memberi tumpuan yang baik semasa sesi penerangan tersebut.

Usai dengan penerangan tersebut, murid-murid kemudian didedahkan dengan beberapa soalan KBAT dari Kancil Science Competition. Semasa slot ini berlangsung, sebahagian murid menjadi kompetitif dalam menjawab setiap soalan di dalam slide yang dipaparkan. Pelbagai ragam yang ditampilkan oleh murid-murid, ada di antara mereka yang sukarela dan ada juga yang malu & takut semasa dipanggil untuk menjawab soalan tersebut. Namun ragam mereka itu sememangnya mewarnai dan menghidupkan program yang berdurasi 1 jam 30 minit sehingga 2 jam ini.

Antara eksperimen yang dijalankan!

Suasana yang meriah menyelubungi dewan semasa slot eksperimen berlangsung. Setiap sekolah yang dipilih akan menjalankan beberapa eksperimen ringkas dan menarik yang disediakan khas oleh pasukan Kancil Science Road Tour. Eksperimen yang dijalankan secara berkumpulan ini jelas menunjukkan penglibatan murid-murid. Setiap kumpulan diberi masa 10 hingga 20 minit untuk menyelesaikan eksperimen tersebut. Melalui eksperimen ini secara tidak langsung dapat menyuntik elemen pembelajaran Sains yang menarik dan mencabar keupayaan berfikir dalam kalangan murid-murid.

Penutup

Program Kancil Science Road Tour ini merupakan salah satu usaha untuk mendedahkan setiap murid tentang soalan aras tinggi yang boleh didapati melalui penglibatan dalam Kancil Science Competition 2022. Bukan sahaja dapat mengasah kemahiran befikir aras tinggi malah melalui pertandingan ini dapat menambah minat murid terhadap subjek Sains ini. Sebelum admin mengakhir artikel pada kalini, admin ingin mengajak pembaca di luar sana untuk menyertai Kancil Science Competition 2022. Cabar diri dan serlahkan pengetahuan anda dengan menyertai pertandingan Sains ini. Pendaftaran masih dibuka sehingga 8 Julai.

Berminat? Daftar sekarang!

Related Posts

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?