fbpx

Lensa Tiktok: Jerboa Haiwan Unik yang menyerupai Kanggaru, Tikus dan Arnab!

LensaTiktok merupakan suatu segmen khas yang mengkhuskan perkongsian berkenaan kandungan-kandungan yang menarik dan bermanfaat di TikTok. Tujuan segmen ini diwujudkan untuk mempertengahkan konsep berhibur sambil belajar dengan kaedah yang menarik.

Melalui artikel kalini, admin akan berkongsi artikel berkenaan Jerboa, sejenis haiwan unik yang menyerupai beberapa haiwan.

Sebelum admin memulakan artikel kalini, admin ingin mengajak pembaca semua untuk membayangkan sejenis haiwan yang menyerupai 3 jenis haiwan yang berbeza. Gabungan 3 haiwan tersebut ialah Kanggaru, Tikus dan Arnab! Walaupun kedengaran seperti seloroh namun haiwan ini benar-benar wujud! Haiwan yang dimaksudkan itu adalah Jerboa. 🤔

Untuk mendapat gambaran awal tentang apa yang akan dibicarakan dalam artikel kalini, admin akan kongsikan suatu video TikTok yang menarik tentang Jerboa! Jom kita saksikan!

Rujukan Video: Iqbal Ahyar 

Info Ringkas Berkenaan Jerboa

Jerboa merupakan sejenis tikus padang pasir dari baka Dipodidae. Tikus padang pasir ini boleh ditemui di Afrika Utara, Eropah Timur dan Asia. Purata jangka hayat bagi seekor binatang kecil ini adalah sekitar 6 tahun.

Ciri-Ciri Jerboa

Haiwan ini mempunyai kaki depan yang pendek, kaki belakang dan ekor yang panjang seperti Kanggaru. Bukan itu sahaja, jika dilihat dengan sekali imbas Jerboa juga bergerak dengan cara yang sama seperti Kanggaru iaitu dengan melompat.

Walau bagaimanapun, apabila diteliti dengan teliti, pergerakan kedua-duanya berbeza. Dari segi perubahan kelajuan yang pantas membantu haiwan unik ini sukar untuk diramal dan berjaya mengelakkan daripada Pemangsa.

Jerboa juga mempunyai mata yang besar seperti tikus dan mempunyai telinga besar seperti arnab.

Persamaan ketara antara tikus dan jerboa, kedua-dua spesies mempunyai mata yang besar untuk melihat dengan lebih baik pada waktu malam. Disebabkan Jerboa sangat aktif pada waktu malam, mata yang besar itu membantu untuk melihat pada waktu malam dalam mencari mangsa (serangga) dan mengelakkan daripada ancaman pemangsa.

Selain itu, disebabkan spesies ini mempunyai telinga yang besar seperti arnab, hidupan ini mempunyai pendengaran sangat baik yang membantu untuk mengelakkan dari pemangsa.

Fakta Menarik Tentang Jerboa 🔍

  • Jerboa mampu menyesuaikan diri dengan habitat yang didiaminya. Spesies ini mampu menyesuaikan diri ketika berada di padang pasir yang panas. Malah, spesies ini turut mampu bertahan dalam kesejukkan melampau di padang pasir Mongolia semasa musim sejuk.
  • Haiwan unik ini kerap menghabiskan masa seharian di dalam lubang bawah tanah yang mereka gali di dalam pasir. Hal ini untuk melarikan diri  dan berteduh dari suhu persekitaran yang panas di luar. Namun pada sebelah malam, apabila cuaca menjadi sejuk; Jerboa akan keluar untuk memburu serangga dan larva. Spesies ini turut memakan biji-bijian, akar dan ubi.
  • Hidupan kecil ini menggali pintu masuk ke lubang habitat mereka berhampiran dengan tumbuhan.
  • Lubang bawah tanah yang dibina oleh Jerboa mempunyai pintu keluar yang berfungsi untuk membantu spesies ini melarikan diri dengan cepat jika ditemui oleh pemangsa. Musang, Kucing, Ular dan Burung Hantu merupakan pemangsa bagi binatang comel Jerboa ini.
  • Jerboa boleh melompat sejauh 3m dengan kepantasan 24kph untuk mengelakkan daripada pemangsa.
  • Kedengaran pelik namun hidupan kecil ini tidak minum air! Sebaliknya, melalui tumbuhan dan serangga yang dimakan membantu penghidratan yang diperlukan.
  • Bulunya berwarna seperti pasir, membantu Jerboa sebati dengan persekitaran. Memandankan persekitaran sekeliling membantu spesies ini mengelak daripada dikesan oleh pemangsa, terutamanya burung hantu yang berterbangan di udara.
  • Jerboa sejenis makhluk yang sering menyendiri di dalam lubang bawah tanah. Sifat pemalu haiwan ini menyukarkan pengkaji untuk mengumpul maklumat tentang haiwan tersebut.

Peringatan Mesra 💃

Walaupun sifat dan rupa Jerboa ini comel & kecil namun Jerboa tidak sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Di samping, spesies ini semakin terancam, haiwan ini merupakan salah satu pembawa kepada cacar monyet. Oleh sebab itu, haiwan ini kurang popular dalam kalangan penggemar haiwan peliharaan.

Penutup

Sebelum admin mengakhir artikel kalini, admin ingin mengajak pembaca di luar sana untuk menyertai Kancil Science 2022!

Kancil Science Competition merupakan pertandingan tahunan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan pra-universiti yang bertujuan untuk mencabar pengetahuan Sains melalui pemikiran secara kritis kemahiran menyelesaikan masalah dan pengetahuan saintifik. 

Melalui penglibatan pelajar dalam Kancil Science Competition secara tidak langsung membuka peluang anda untuk menyertai International Junior Science.

Berminat? Daftar sekarang!

Related Posts

Hi, how can I help you?