fbpx

Astronomy: Teleskop Angkasa, James Webb

Apa itu James Webb Space Telescope?

James Webb Space Telescope atau JWST adalah sebuah teleskop angkasa, bermaksud teleskop yang dihantar ke angkasa lepas untuk melihat objek di angkasa lepas. Ini kerana, ada beberapa objek yang tidak dapat kita lihat menggunakan teleskop di bumi kerana atmosfera bumi (iaitu langit kita) menghalang cahaya objek tersebut untuk dilihat dengan jelas.

Sebelum JWST, terdapat beberapa teleskop angkasa yang telah dilancarkan. Contoh yang paling terkenal ialah teleskop Hubble. Tetapi JWST ini teleskop yang baru dan jauh lebih canggih dari Hubble.

Teleskop angkasa Hubble

Uniknya tentang JWST ialah JWST akan dilipat seperti origami didalam roket kerana cerminnya terlalu besar. Cermin tersebut akan dibuka seperti transformers apabila ia tiba di angkasa lepas.

Perbandingan saiz cermin utama JWST dan cermin Hubble berbanding saiz manusia

JWST bertukar ke bentuk asalnya di angkasa seperti Transformers

Dimana JWST sekarang?

JWST terletak jauh di angkasa lepas (1.5 juta km dari Bumi) di suatu lokasi di angkasa lepas dinamakan Langrange 2 Point atau L2.

Posisi Matahari, Bumi dan pusat-pusat Langrange
Posisi Matahari, Bumi dan pusat-pusat Langrange

L2 adalah salah satu daripada 5 pusat dimana tarikan graviti matahari dan tarikan graviti bumi adalah sama. Maka objek yang terapung posisi tersebut tidak akan berganjak ke tempat lain dan akan terus mengorbit di tempat yang sama.

Bumi dan JWST di L2 mengorbit Matahari

Mengapa JWST di L2?

Kerana di L2, JWST dapat menggunakan Bumi sebagai perisai yang mengurangkan sinaran yang panas dari Matahari (terutamanya sinaran Inframerah). JWST perlu keadaan yang amat sejuk untuk beroperasi.

Mengapa Saintis Mencipta JWST?

JWST mempunyai kepekaan inframerah yang dapat melihat lebih 13.5 bilion tahun yang lalu untuk melihat galaksi-galaksi yang pertama lahir selepas Big Bang. Hal ini kerana lebih banyak bintang dan galaksi di angkasa dapat dilihat melalui cahaya inframerah.

Perbandingan kepekaan JWST berbanding teleskop di bumi dan teleskop Hubble
Perbandingan imej angkasa dilihat dalam UV berbanding inframerah yang diambil oleh teleskop Hubble

Kesimpulan

Gambar terakhir JWST sebelum meninggalkan Bumi

JWST merupakan suatu projek besar yang berlangsung sejak 30 tahun lalu dengan gabungan kuasa dari agensi angkasa negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada untuk mengembangkan ilmu sains astronomi. Banyak mesin-mesin baharu berserta ilmu sains baharu yang terhasil sewaktu projek JWST dilaksanakan. Pasti banyak perkara hebat lain akan kita terokai dan lihat melalui JWST pada masa akan datang.

Penulisan artikel ini disediakan oleh: Muhammad Irfan bin Mohd Azmi

Related Posts

Hi, how can I help you?