fbpx
Strok Haba - Heading

Strok Haba: Betul Ke Haiwan Pun Berisiko Kena Strok Haba?

Percaya atau tidak, sebenarnya haiwan juga boleh mengalami strok haba.

Uishh terkejut bukan?

Ya betul, cuaca panas yang berlaku sekarang ini bukan sahaja memberi kesan kepada manusia. Tapi ia juga memberi ancaman kepada haiwan.

Isi Kandungan

Risiko Strok Haba Ke Atas Haiwan

Kita kena ingat, perkara ini tidak boleh ambil ringan tahu!

Strok haba terhadap binatang juga boleh meragut nyawa!

Strok Haba - Haiwan

Malah ada sesetangah haiwan akan mengalami kerosakan organ dalaman jika tidak mendapat rawatan segera.

Haa nampak tak, betapa seriusnya ancaman strok haba ke atas haiwan ini.

Jenis Haiwan Yang Berisiko Terhadap Strok Haba

Tapi jenis haiwan apa yang berisiko terhadap strok haba ini?

Semua haiwan yang tergolong dalam kumpulan ini berisiko mengalami strok haba:-

  • mamalia

  • reptilia

  • burung

Haaa “Oyen” pun tidak lari daripada terkena strok haba!

Strok Haba - Oyen

Anjing dan kucing mempunyai kelenjar yang sangat sedikit.

Kelenjar haiwan berbulu ini terletak di tapak kaki dan sekitar hidung untuk berpeluh.

Tidak seperti kita (manusia) yang boleh mengeluarkan peluh dari setiap segi.

Cara Elakkan Strok Haba Haiwan

Strok Haba - Kerbau

Untuk haiwan yang suka berendam seperti Kerbau dan Gajah.

Kita boleh membekalkan air yang secukupnya untuk haiwan tersebut membasahkan badan mereka.

Tapi bagaimana pula cara kita mahu bantu haiwan yang tak gemar badannya dibasahkan dengan air?

Strok Haba - Kucing

Mudah sahaja! Kita perlu berikan air minuman yang secukupnya.

Dalam masa, kita juga perlu tempatkan haiwan-haiwan tersebut di kawasan yang mempunyai tahap pengudaraan baik.

Strok Haba - Peguin

Bagi haiwan yang sentiasa berada dalam air atau berendam seperti penguin dan memerang.

Kolam air juga disarankan ditambah dengan ketulan air batu bagi memastikan ia sejuk.

Sebenarnya air yang tidak mengalir juga boleh meningkat suhunya sekiranya cuaca panas terik! Sebab itu, kita perlu tambah ketulan air batu di dalam kolam mereka.

Tanda / Gejala Strok Haba Haiwan

Pemiliki haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing perlu sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan haiwan mereka bagi menghindari risiko strok haba.

Antara simptom dan gejala strok haba.

  • degupan jantung pantas
  • kesukaran bergerak
  • terpinga-pinga dan tidak menentu
  • menghasilkan banyak air liur
  • lidah gusi biru kerana kekurangan oksigen dalam darah.
  • suhu badan haiwan ini juga akan melebihi 42 darjah (Celsius)
  • kurang keseimbangan atau kestabilan apabila bangun dengan empat kaki

Rawatan Strok Haba Haiwan

Jika simptom-simptom ini berlaku ke atas haiwan peliharaan kita.

Kita perlu segera menstabilkan suhu badan haiwan itu.

Kita boleh meredakan simptom strok haba dan dehidrasi dengan membasahkan badan haiwan peliharaan kita.

Strok Haba - veterinarian

Kita juga boleh meletakkan tuala yang basah pada kepala dan dahi selain memberikan air untuk diminum serta membasahkan lidah haiwan.

Dalam masa sama, kita perlu segera membawa ke doktor haiwan.

Ingat! Jika diabaikan ia boleh mendatangkan kematian ke atas haiwan kita.

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Hi, how can I help you?