Cuaca panas yang melanda negara pada ketika ini pasti membuatkan badan kita sentiasa mengeluarkan peluh.
Sebab itu, semua orang dinasihatkan untuk memakai pakaian yang nipis.
Dalam masa, pakaian kita perlu memiliki pengaliran udara yang baik untuk memberi keselesaan kepada kita.
Tahu tak, sebenarnya warna pakaian turut mempengaruhi tahap keselesaan pemakainya ketika cuaca yang terlalu panas?
Tapi, macam mana pula dengan warna lain pula?
Betul ke, pakaian yang berwarna selain warna putih tidak bagus untuk cuaca panas?
Uji Kaji Oleh Institut Kebangsaan Pengajian Alam Sekitar Jepun
Institut Kebangsaan Pengajian Alam Sekitar di Jepun telah menjalankan eksperimen ringkas berkenaan topik ini.
Dalam uji kaji ini, para pengkaji telah memakaikan beberapa kemeja dengan warna yang berbeza pada patung-patung mannequin yang berlainan.
Kemudian, mereka membiarkan patung-patung tersebut di bawah cahaya matahari pada hari yang tidak mencatatkan apa-apa pergerakan angin.
Setelah dibiarkan seketika, bacaan suhu bagi setiap patung akan diukur bagi menentukan warna apa yang lebih ‘sejuk’ ataupun ‘panas’.
Baju Putih - Elak Cerapan Bahang Panas
Hasil uji kaji tersebut mendapati, warna putih mencatatkan suhu yang paling rendah sekaligus dinobatkan sebagai warna paling ‘sejuk’.
Kemudian, diikuti dengan warna-warna cerah seperti kelabu dan kuning yang mencatatkan suhu dengan keadaan sekeliling iaitu, 30 darjah Celcius.
Pakaian berwarna putih sebenarnya memantulkan haba ke kulit.
Mekanisme itu mengikut prinsip bahawa warna yang lebih terang menyerap sinaran elektromagnet daripada matahari.
Baju Hitam - Menyerap Haba Matahari
Kemeja hitam dan hijau mencatatkan bacaan suhu melebihi 50 darjah Celcius dalam masa lima minit sahaja!
Pakaian berwarna gelap seperti hitam atau biru tua menyerap haba daripada matahari. Ini sekaligus, mengakibatkan suhu badan meningkat secara mendadak dan boleh terjadinya dehidrasi.
Bacaan suhu ini melebihi bacaan asal dengan perbezaan lebih daripada 20 darjah Celcius ketika eksperimen ini mula dijalankan.
Fakta Menarik!
Yang menariknya, pada awal eksperimen ini dijalankan bukan untuk mengkaji tentang warna baju terhadap strok haba.
Sebaliknya, untuk melihat sama ada pemakaian topeng pelitup muka berwarna hitam dalam cuaca terik dapat meningkatkan risiko strok haba.
Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-
- Matematik – Blog Kangaroo Math
- Sains – Blog Kancil Science
- Komputer Sains – Blog Beaver Computational Thinking
- Ekonomi – Blog Kijang Economy