fbpx
Strok Haba

Strok Haba: Jangan Ambil Ringan! Ketahui Tanda, Gejala, Kesan & Cara Pencegahan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian beberapa kanak-kanak disebabkan strok haba dan dehidrasi.

Ini menunjukkan STROK HABA sangat bahaya dan boleh membawa maut!

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga telah melaporkan bahawa gelombang panas dan kering sedang melanda negara akibat peralihan monsun dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga bulan Julai 2023

strok haba
Strok Haba

Fenomena gelombang haba ini telah mengakibatkan 200 kes penyakit berkaitan haba di mana 22 kes adalah strok haba.

Ikuti perkongsian blog kalini untuk mengetahui tentang strok haba.

Isi Kandungan

Apakah Itu Strok Haba?

apa itu strok haba?
Apa Itu Strok Haba

Apabila kita terdedah kepada cuaca panas yang melampau, kita berpotensi untuk terkena
‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke).

Strok haba merupakan suatu keadaan yang amat serius dimana menyebabkan badan kita tidak mampu menstabilkan suhu badan.

Punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 104°F (40 °C) atau lebih tinggi lagi.

Tanda / Gejala Strok Haba

Tanda / Gejala Strok Haba

Kita perlu ambil tahu tentang tanda-tanda dan gejala strok haba supaya tindakan segera dapat diambil.

Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba ialah :

  • Suhu badan meningkat sehingga 104°F (40°C) atau lebih tinggi lagi
  • Peluh keluar banyak
  • Muka berubah merah
  • Sakit kepala
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Rasa haus yang berlebihan
  • Air kencing berwarna keruh
  • Kekejangan otot pada kaki, lengan atau perut
  • Jantung berdegup dengan lebih kencang
  • Ruam merah timbul pada kulit
  • Pengsan atau tidak sedarkan diri

Golongan Berisiko Terkena Strok Haba

Golongan Berisiko Terkena Strok Haba
Golongan Berisiko Terkena Strok Haba

Berikut adalah golongan yang berisiko terkena strok haba:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubatan
  • Atlet terutamanya yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari
  • Pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya petani, nelayan atau buruh kasar.
  • Individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama

Langkah Pencegahan

Langkah Pencegahan
Langkah Pencegahan

Jadi apa langkah pencegahan yang boleh kita ambil untuk mengelakkan diri daripada terkena strok haba?

Sebenarnya terdapat beberapa langkah pencegahan penting untuk kita mengelak berlakunya strok haba iaitu:

  • tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang
  • elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan
  • pastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari
  • mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang
  • memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung
  • tidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik

Rawatan Strok Haba

Rawatan Strok Haba
Rawatan Strok Haba

Sekiranya ada dalam kalangan kita terkena strok haba, kita boleh membantu mereka melalui:

  • Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
  • Sejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram dengan air sejuk.
  • Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
  • Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
  • Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.

Bahaya / Komplikasi Strok Haba

Bahaya dan Komplikasi Strok Haba
Gelombang Haba

Strok haba tidak wajar dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan komplikasi serius.

Antara kesan jangka pendek akibat dari pendedahan mengejut kepada cuaca yang panas boleh mengakibatkan

  • sel-sel badan cedera

  • berlaku keradangan

  • darah senang membeku

  • berlaku pendarahan di beberapa organ penting.

Mangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka panjang seperti masalah saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian.

Strok Haba tidak boleh di ambil ringan kerana ianya sangat bahaya dan boleh membawa maut.

Buat masa ini sebaiknya kita kurangkan dan elak daripada melakukan sebarang aktiviti luar mahupun bersenam ketika cuaca panas terik.

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?