fbpx
Mamot

Biar Betik! Mamot akan Kembali Semula 4 tahun lagi?

Peminat animasi Ice Age, kami ada berita gembira untuk anda! Nampaknya Wolly Mamot berkemungkinan akan wujud semula dalam tempoh terdekat ini.

Satu laporan mengatakan, beberapa saintis pada ketika ini sedang dalam proses untuk “menjelmakan” semula haiwan zaman ais ini. Rancangan ini dikatakan akan membawa semula haiwan artik ini dalam masa empat tahun.

Khabar angin berkaitan haiwan ini dikatakan “dibocorkan” oleh syarikat Bioteknologi Colossal – syarikat yang sedang mengusahakan rancangan penjelamaan semula Wolly Mamot ini. Sumber turut mengatakan projek ini telah dimulakkan sejak tahun 2021 lagi!

Mamot

Siri A - Projek Penjelmaan Mamot

Pada tahun lepas, syarikat Colossal ini mendapat satu peruntukkan besar dalam bentuk pembiayaan $60 juta untuk ‘Siri A’, yang akan membantu mereka meneruskan kerja penyuntingan gen yang diperlukan untuk menjelmakan semula haiwan itu.

Syarikat itu berkata bahawa mereka merancang untuk memperkenalkan semula raksasa berbulu itu kepada ekosistem yang sama yang pernah didiaminya.

Satu sumber berpendapat dengan wujudnya semula haiwan berbulu ini akan membantu planet kita untuk mengatasi masalah perubahan iklim. Ini kerana, haiwan ini mempunyai corak penghijrahan yang besar yang akan membantu meningkatkan ekosistem Artik.

“Kami sedang dalam proses menyahpupus Wolly Mamot”

Mamot

Menurut syarikat Colossal, 99.6% DNA gajah purba ini adalah sepadan dengan gajah Asia. Disebabkan ini mereka percaya haiwan berbulu ini boleh kembali semula.

“Ramai beranggapan, makhluk ini telah hilang selama-lamanya,” kata syarikat itu.

“Tetapi kami berfikiran sebaliknya. Kami sedang dalam proses menyahpupus Wolly Mamot ini. Pasukan kami telah mengumpul sampel DNA dan pada ketika ini sedang menyunting gen ini.”

Proses Jelmakan Semula Mamot

Haiwan berbulu ini akan dijelmakan semula melalui penyuntingan gen, yang akan digunakan untuk mencipta embrio mamot berbulu.

Embrio ini kemudiannya akan ditanam dalam gajah Afrika yang akan bertindak sebagai pengganti.

Walau bagaimanapun, syarikat itu menyatakan bahawa haiwan baru itu mungkin bukan padanan biologi yang tepat untuk yang digantikannya – tetapi sebaliknya padanan hibrid.

Mamot

Jelas mereka lagi, ciri haiwan yang akan dibangunkan akan seperti seekor gajah yang tahan sejuk dengan semua ciri biologi teras Woolly Mamot.

“Haiwan ini akan berjalan seperti Mamot, mempunyai rupa dan bunyi seperti Mammoth dan yang paling penting ia akan dapat mendiami ekosistem yang sama yang sebelum ini ditinggalkan oleh kepupusan Mammoth.”

Rujukan Artikel: unilad

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?