fbpx
Sayur

Setiap Orang Kena Makan Sayur Ini! 7 Jenis Sayur Paling Tinggi Khasiat!

Tubuh badan manusia amat memerlukan nutrien-nutrien penting seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, serat dan air untuk terus kekal sihat.

Tapi bagaimana nak dapatkan nutrien-nutrien tersebut? Sebenarnya, kebanyakkan nutrien di atas wujud di dalam sayur-sayuran.

Oleh itu, setiap orang digalakkan untuk mula makan sayur sejak dari kecil lagi. Menurut pakar, sekurang-kurangnya separuh daripada pinggan hidangan perlu diisi dengan manfaat dan khasiat sayur-sayuran. Persoalannya, sayur apa yang terbaik untuk dimakan?

Senarai 7 Sayur Paling Berkhasiat

Sayur

Ini kami kongsikan 7 sayur paling berkhasiat yang terbaik untuk dimakan:-
1- Cendawan
2- Bayam
3- Brokoli
4- Kalian
5- Kubis
6- Jagung
7- Pak Choy

Artikel Berkaitan: Pemakanan Sihat 101: Kuiz Menarik Berkaitan Pemakanan Sihat

Cendawan

Sayur Paling Berkhasiat - Cendawan
Sayur Paling Berkhasiat - Cendawan

Cendawan adalah pembekal utama vitamin B seperti thiamine, niacin dan riboflavin yang berguna untuk ibu dan bayi.

Thiamine dan Niacin membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, melegakan keletihan dan meningkatkan tenaga. Manakala, Riboflavin membantu mengekalkan kesihatan kulit, meningkatkan penglihatan dan mengembangkan tulang, otot dan saraf yang kuat.

Antara cendawan yang menjadi kegemaran setiap lapisan umur adalah cendawan Shiitake dan Enoki.

Bayam

Sayur Paling Berkhasiat - Bayam
Sayur Paling Berkhasiat - Bayam

Bayam mempunyai pelbagai jenis vitamin seperti A,B, dan K. Dipercayai satu mangkuk sayur ini dengan berat 30g mampu untuk memenuhi lebih separuh keperluan vitamin di atas.

Bayam juga dikatakan sangat bagus untuk ibu hamil kerana kandungan folat tinggi yang mampu menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin.

Brokoli

Sayur Paling Berkhasiat - Brokoli
Sayur Paling Berkhasiat - Brokoli

Brokoli adalah sayur hijau yang kaya dengan pelbagai nutrien dalam bentuk Vitamin A,C dan Folat. Pemakanan brokoli amat bagus untuk kesihatan mata, kulit, tulang dan sistem saraf.

Tekstur dan rasa yang menarik yang dimiliki oleh Brokoli mencuri perhatian golongan anak kecil. Oleh itu, ibu bapa boleh jadikan memberikan Brokoli sebagai sayur pertama anak anda.

Kalian

Sayur Paling Berkhasiat - Kalian
Sayur Paling Berkhasiat - Kalian

Kalian dikatakan sebagai sayur yang paling sihat di dunia. Ini kerana sayur ini bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral bahkan juga sifat antioksian berupa lutein dan betakorentan yang mampu melindungi sel dari radikal bebas.

Oleh itu, tubuh badan individu mungkin akan kurang risiko untuk mengalami masalah keradangan sekaligus menurunkan risiko penyakit kronik seperti Diabetes, Kanser dan lain-lain.

Kubis

Sayur Paling Berkhasiat - Kubis
Sayur Paling Berkhasiat - Kubis

Kubis sangat sinonim dengan semua lapisan umur. Walaupun mempunyai rasa yang pahit disebabkan mempunyai zat glukosionlat, kubis mampu membantu mencegah kanser. Tambahan pula, sayuran ini mempunyai tinggi dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Berdasarkan kajian, kubis yang telah difermentasikan seperti hidangan kimchi mampu menguatkan sistem imun, penghadaman serta pencernaan. Dalam erti kata lebih mudah, ia bagus untuk tubuh badan khususnya perut.

Jagung

Sayur Paling Berkhasiat - Jagung
Sayur Paling Berkhasiat - Jagung

Jagung merupakan sejenis bijirin yang tidak asing lagi di negara kita malah ianya turut dijadikan sebagai makanan ruji bagi sesetengah negara lain. Di Malaysia, jagung sering digunakan di dalam industri pembuatan makanan seperti digunakan di dalam penghasilan bijirin, minuman, snek ringan dan pelbagai lagi.

Jagung dipercayai mampu membekalkan sumber tenaga yang sangat banyak untuk tubuh badan. Ini adalah disebabkan kandungan karbohidrat dan protein yang amat tinggi. Antara lain manfaat sayur ini adalah ia mampu menguatkan tulang, membina otot, menambah antibodi dan lain-lain.

Pak Choy

Sayur Paling Berkhasiat - Pak Choy
Sayur Paling Berkhasiat - Pak Choy

Pak choy atau lebih popular dengan nama sawi putih di dalam kalangan orang kita ini kaya dengan vitamin K, zat besi, kalsium dan fosforus yang kesemuanya bagus untuk tulang yang sihat.

Dalam pada itu, ia juga kaya dengan mineral selenium jika mahu dibandingkan dengan sayur lain. Selenium mampu meningkatkan daya tahan tubuh badan dan mengurangkan risiko kanser.

Rujukan Artikel: HelloDoktor


Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Matematik – Blog Kangaroo Math
Sains – Blog Kancil Science
Komputer Sains– Blog Beaver Computational Thinking

Related Posts

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?