fbpx
Panda-Merah

Panda Merah: Hidupan Comel yang Semakin Terancam

Siapa kat sini pernah tengok animasi Disney “Turning Red”?

Panda Merah

Animasi ini ada mempertengahkan mengenai satu haiwan comel iaitu Panda Merah (Red Panda). Dalam filem ini, Mei Lee mengalami situasi yang pelik. Di mana, apabila dia mengalami emosi yang berlebihan, dia akan berubah menjadi Panda Merah!

Tapi wujud ke Panda Merah ini atau ianya sekadar watak fiksyen di animasi itu sahaja? Sebenarnya memang wujud tau haiwan comel ini. Jom kita kenali Panda Merah!

Panda Merah (Red Panda)

Panda Merah

Haiwan yang berbulu berwarna coklat kemerahan ini dikatakan sukar untuk difahami dan sangat misteri.

Mamalia ini dikatakan mampu membesar kira-kira saiz kucing dan haiwan ini mampu untuk memanjat dan berayun di atas pokok-pokok di Hutan.

Habitat

Panda Merah hidup di gunung ganang di Nepal, India, Bhutan, Myanmar Utara dan China Tengah. Hidupan comel ini menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di atas pokok untuk tidur dan berjemur.

Haiwan Comel ini mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Di mana:-

  • Panda Merah mempunyai kuku yang tajam yang membantu mereka untuk mencengkam dahan yang licin
  • Hidupan comel ini mempunyai buku lali yang fleksibel yang membantu untuk memanjat pokok dan melarikan diri daripada haiwan pemangsa sepeti Harimau Bintang Salji dan Serigala
  • Warna perut Panda Hitam yang berwarna hitam, menyukarkan pemangsa untuk mengesan Panda Merah apabila berada di tanah.
  • Panda Merah juga mempunyai dua lapisan bulu—lapisan bawah lembut yang ditutupi rambut kasar—untuk melindungi mereka daripada kesejukan gunung.

Diet

Panda Merah tergolong dalam kumpulan Karnivor. Namun, hidupan comel ini jarang memakan daging, sebaliknya mereka menggunakan geraham yang kuat untuk memakan buluh.

Kadang-kala, Panda Merah ini juga memakan buah-buahan, akar, telur, tikus dan burung. Pada waktu malam, mamalia ini akan bersendirian mencari makanan bermula dari waktu senja sehingga subuh.

Tingkah Laku (Behavior)

Panda Merah ini hidup secara bersendirian. Namun, apabila Panda Merah berinteraksi dengan Panda Merah lain, mereka akan berkomunikasi secara:

  • Melengkungkan Ekor
  • Menjongketkan Kepala
  • Membuat bunyi yang dipanggil oleh saintis sebagai “huff-quack” — campuran bunyi antara itik dan dengusan khinzir

Panda yang berada dalam situasi yang terancam akan menyalak (barking) dan akan mengeluarkan cecair yang disebut (pungent liquid) dari kelenjar di pangkal ekor.

Ancaman dan Pemuliharaan (Threats and Conservation)

International Union for the Conservation of Nature menyatakan Panda Merah dianggap sebagai haiwan terancam.

Pada tahun 2015, dianggarkan populasi Panda Merah adalah 10,000. Jumlah ini sangat membimbangkan kerana wujud penurunan 50% sejak tahun 1997.

Hidupan comel ini diancam beberapa faktor:-

  • Faktor pembalakan dan pertanian hutan

  • Pemburuan

  • Perdagangan Haiwan

  • Peliharaan Secara Haram

Sumber Rujukan: nationalgeographic

Artikel Berkaitan- Lensa Tiktok: Jerboa Haiwan Unik Yang Menyerupai Kanggaru, Tikus Dan Arnab!

Related Posts

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?