fbpx
Makanan Rendah Kalori

Jangan Terkejut! Ada 6 Menu Makanan Rendah Kalori di McDonald’s!

Siapa sangka restoran makanan segera seperti McDonald’s ada menghidangkan makanan rendah kalori kan? Berdasarkan pengiraan kalori McD, terdapat hidangan yang seimbang dan rendah kalori.

Tak percaya? Teruskan membaca blog ini.

Tapi suka diingatkan spabila ingin mengimbangi pilihan menu sihat dan hidangan makanan segera, kuncinya adalah untuk mengekalkan kiraan kalori McD dan lemak yang rendah, serta bilangan protein tinggi.

Pilihan Makanan Rendah Kalori McD

Mana-mana makanan adalah baik jika diambil secara sederhana. Berikut merupakan senarai makanan rendah kalori McD:

  1. Filet-O-Fish
  2. 4 Ketul Chicken McNuggets
  3. Beef Burger
  4. Hash Browns
  5. McChicken

Filet-O-Fish

Siapa di sini peminat burger ikan? Di McDonald’s tersedia menu burger ikan yang rendah kalori iaitu Filet-O-Fish!

Yang menarik tentang burger ini adalah burger ini diperbuat daripada ikan asli. Bagi peminat menu ini pasti tidak asing lagi dengan keenakkan isi ikan, sos tartar, keju cheddar dan kelembutan roti bun.

Makanan Rendah Kalori

Tapi berapa bilangan kalori untuk burger ini? Kesemua bahan-bahan di dalam burger ini membawa kepada 341 kalori, 13.1 gram lemak, 40.2 gram karbohidrat, 15 gram protein dan 4.6 gram gula.

Jika anda ingin menjadikan hidangan ini lebih sihat, anda boleh request tanpa sos.

4 Ketul Chicken McNuggets

Siapa cakap menu kanak-kanak – Happy Meals – ini hanya untuk kanak-kanak sahaja? Sebenarnya menu ini juga merupakan pilihan yang bagus dan sihat untuk golongan dewasa juga tau!

Walaupun McNuggets ini dilapisi tepung roti dan digoreng dan bahan itu antara unsur-unsur yang dikaitkan dengan makanan tidak sihat.

Namun sekiranya diambil secara sederhana, nuget ayam dianggap menu sihat kerana mempunyai beberapa nilai pemakanan yang baik.

Makanan Rendah Kalori

Dari aspek maklumat pemakanan, pesanan 4 ketul nuget ini mempunyai 171 kalori dan 8.9 gram protein, menjadikan ia pilihan hidangan ringan padat. Sudah tentu ia juga mengandungi 10.3 gram lemak dan 10.9 gram karbohidrat.

Walau bagaimanapun seperti yang dikatakan pada awal tadi, sebaiknya setiap makanan adalah elok diambil secara sederhana, begitu juga dengan nuget ayam ini.

Tapi awas ya! Walaupun nuget ini enak dimakan dengan sos McDonald’s yang menggiurkan tetapi elakkan daripada mencicah dengan sos secara berlebihan.

Beef Burger

Menu ketiga McDonald’s yang rendah kalori adalah Beef burger!

Keenakan beef burger memang tidak boleh disangkal lagi dengan 100% kepingan daging lembu asli yang digril empuk dan sempurna menghasilkan rasa daging yang juicy.

Makanan Rendah Kalori

Dengan 13.1 gram protein dan hanya 249 kalori, burger ini mampu memuaskan keinginan anda tanpa menjejaskan bajet kalori untuk hari tersebut.

Hidangan ini juga mempunyai kandungan 8 gram lemak dan 31.5 gram karbohidrat.

Hash Browns

Secara lazimnya, sekeping hash browns tidak dianggap sebagai hidangan penuh. Namun menu lazat ini secara kebetulan menjadi salah satu pilihan menu sihat di McDonald’s.

Tekstur yang ranggup di luar dan gebu di dalam menjadikannya pilihan hebat untuk dinikmati. Walaupun menu ini lebih kepada merupakan menu sampingan sarapan pagi daripada hidangan penuh, tetapi ia membekalkan nilai nutrisi.

Bagi setiap kepingan Hash Brown mengandungi 156 kalori, 9.9 gram lemak, 15.6 gram karbohidrat dan 1.2 gram protein.

McChicken

Hidangan McDonald’s rendah kalori yang terakhir adalah menu klasik McChicken.

McChicken yang terdiri daripada kepingan patty ayam yang dilapisi roti bun, daun salad yang dicincang dan diletakkan mayones. Namun sekiranya anda ingin menjadikan ia hidangan lebih sihat, boleh sahaja meminta tanpa mayones.

Burger ini adalah pilihan yang baik kerana ia rendah kalori, dengan hanya 418 kalori – bersama mayones.

Walaupun ia menawarkan 14 gram protein, tetapi penting untuk anda ketahui McChicken juga mengandungi 17.1 gram lemak, 47.2 gram karbohidrat dan 5.7 gram gula.

Restoran makanan segera mungkin kurang dikenali dengan makanan rendah kalori tetapi anda pasti boleh menemui pelbagai makanan rendah kalori yang tersedia di francais makanan segera.

Rujukan Artikel: hellodoktor

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Related Posts

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?