Apa Itu Bipolar? Masalah Mental Yang Wajib Difahami
#PesanOpah

Apa Itu Bipolar? Masalah Mental Yang Wajib Difahami

Kancil Science Team
Kancil Science Team
9 March 2023
On this page (3)

Apa itu Bipolar? - Kecelaruan bipolar, juga dikenali sebagai kemurungan manik atau penyakit manik-depresi, adalah masalah mental.

Siapa di sini pernah dengar tentang kecelaruan Bipolar?

Mungkin ada di antara kita pernah mendengar tentang Bipolar ini di kaca tv. Tetapi apa itu bipolar? Sejauh manakah anda tahu tentang penyakit ini?

Perkongsian blog kali ini akan menjelaskan kepada anda tentang kecelaruan Bipolar.

Artikel berkaitan:

Apa itu Bipolar?

Kecelaruan bipolar, juga dikenali sebagai kemurungan manik atau penyakit manik-depresi, adalah masalah mental.

Kecelaruan ini boleh menjejaskan emosi anda, tahap aktif, dan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian, seperti membasuh pinggan mangkuk atau memasak makanan.

Bipolar

Mereka yang mengalami gangguan bipolar mengalami PERUBAHAN MOOD MELAMPAU.

Pada satu masa mereka akan merasa sangat gembira (dalam episod manik) dan ada kalanya merasa sangat sedih (dalam episod kemurungan). Mereka masih boleh merasa normal ketika episod manik dan kemurungan.

Apa itu Episod Manik?

Apa itu Bipolar

Apabila pesakit Bipolar berada dalam episod manik, mereka akan:

  • berasa sangat gembira

  • tidak senang duduk

  • sangat gemar berceloteh

  • penuh dengan tenaga

Apa itu Episod Kemurungan?

Apa itu Bipolar

Apabila pesakit Bipolar berada dalam episod kemurungan, mereka akan:

  • berasa sangat sedih

  • tidak bernilai

  • tiada harapan

  • tidak bertenaga

  • tidak selesa

  • tidak cukup tidur.

Simptom-simptom boleh berlangsung selama beberapa minggu, bulan, atau bahkan tahun. Anda boleh mengalaminya beberapa kali seminggu.

Simptom yang kompleks ini membuatkan kecelaruan ini sukar didiagnosis.

Oleh itu, adalah penting untuk menemui seorang pakar kesihatan untuk menentukan sama ada anda mempunyai gangguan bipolar atau jenis penyakit mental lain.

Rujukan Artikel: hellodoktor

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Kancil Science
Kancil Science Team
Online · Usually replies in minutes
Today
Kancil Science

Hi, how can we assist you today?

Just now
Open Chat on WhatsApp

You'll be redirected to WhatsApp

Click me for assistance!