Musytari: “Hulk” Versi Planet dalam Sistem Suria?
Astronomy

Musytari: “Hulk” Versi Planet dalam Sistem Suria?

Kancil Science Team
Kancil Science Team
30 March 2023
On this page (7)

Musytari adalah planet yang macam Hulk? Biar betul ni! Haaa sebenarnya itu sekadar perumpamaan je lah! Ini kerana kedua-duanya bersaiz besar.

Sistem suria ada planet yang macam Hulk? Biar betul ni!

Jangan terkejut tau. Sebenarnya memang betul ada planet dalam sistem suria yang versi Hulk!

Planet tersebut adalah planet Musytari (Jupiter).

Musytari (Jupiter)

Sebab apa orang kata planet Musytari ini macam Hulk?  Haaa sebenarnya itu sekadar perumpamaan je lah! Ini kerana kedua-duanya bersaiz besar.

Saiz planet Musytari ini sangat besar, bahkan planet ini merupakan planet yang terbesar dalam sistem suria. Fuyooo.

Bayangkan betapa besarnya planet ini sampai selalu disalah anggap sebagai bintang. Haaa besar tak besar tu!

Jalur Awan Berpusar dan Ribut Besar!

Musytari terkenal dengan jalur awan sejuk. Jalur awan itu akan berputar di sekeliling planet ini.

Cuaca di Planet Musytari ini juga sangat extreme (melampau)! Di Musytari ada satu ribut yang dipanggil “Great Red Spot”.

Ribut ini bukan biasa-biasa tau. Ribut gergasi yang berukuran kira-kira dua kali ganda saiz Bumi dan telah “mengganas” selama lebih satu abad.

Musytari - Jalur Awan Berpusar
Musytari - Jalur Awan Berpusar
Musytari - Great Red Spot
Musytari - Great Red Spot

Gergasi Gas

Musytari
Credit: EarthHow

Musytari ini sama ke dengan atmosfera dengan bumi? Jawapanya adalah TAK SAMA.

Musytari ialah planet “gergasi gas”, bermaksud planet ini tidak mempunyai permukaan sama seperti Bumi.

Atmosfera Musytari kebanyakannya terdiri daripada hidrogen (H2) dan helium (He). Manakala, atmosfera Bumi pula terdiri daripada gabungan oksigen, nitrogen dan gas-gas lain.

Struktur dan Permukaan

  • Musytari adalah planet terbesar dalam sistem suria.

  • Musytari merupakan gergasi gas yang kebanyakannya terdiri daripada Hidrogen dan Helium.

  • Atmosfera Musytari adalah sangat tebal.

  • Musytari mempunyai “cincin”, tetapi ia terlalu kabur untuk dilihat dengan jelas.

Masa di Musytari

Masa di Bumi dengan Musytari berbeza tau!

Kalau nak tahu, satu (1) hari di Musytari adalah selama 10 jam sahaja! Manakala satu (1) tahun di Musytari adalah sama dengan 12 tahun di Bumi

Boleh bayangkan tidak macam mana kalau adik-adik kena tinggal di Musytari? Fuhh

Sejarah Musytari

Sebenarnya dari zaman purba lagi, orang ramai suda tahu dengan kewujudan planet Musytari ini. Planet ini boleh dilihat mereka tanpa memerlukan teleskop canggih.

Kini, Musytari telah dilawati atau dilalui oleh beberapa kapal angkasa, pengorbit dan probe, seperti Pioneer 10 dan 11, Voyager 1 dan 2, Cassini, New Horizons, dan Juno.

Imej Musytari

musytari
Musytari
Musytari

Sumber Rujukan: SpacePlace

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Kancil Science
Kancil Science Team
Online · Usually replies in minutes
Today
Kancil Science

Hi, how can we assist you today?

Just now
Open Chat on WhatsApp

You'll be redirected to WhatsApp

Click me for assistance!