fbpx

Rimas Kulit Gatal Sebab Gegata? 7 Punca Berlakunya Gegata!

Siapa sini pernah rasa gatal-gatal dekat kulit secara tiba-tiba? Tahu-tahu kulit kita berbintat. Awalnya terasa seperti gigitan nyamuk tapi gatalnya terasa sangat. Senang cerita, gatalnya lain macam.

Makin digaru, makin membesar pula gigitan itu. Yang paling teruk membengkak pula. Daripada bintat kecil terus menjadi bintat besar yang merebak satu badan kita!

Apa Itu Gegata?

Gegata

Kalau korang alami masalah di atas, korang mungkin kena gegata! Gegata ini bukan benda mistik macam jilatan jin ke apa tapi ia satu masalah kulit yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Gegata sebenarnya nama lain untuk urticaria atau hives dalam bahasa perubatan. Apa yang berlaku apabila gegata ini muncul, kulit kita akan jadi berbintat-bintat macam digigit nyamuk, dan gatalnya tak terkata.

Biasanya gegata ni datang secara tiba-tiba dan boleh hilang dalam 24-48 jam.

Punca Berlakunya Gegata

Tapi kenapa gegata ni berlaku? Ada beberapa punca gegata yang boleh kita kena tahu:

Gegata
  1. Alergi makanan – Alahan terhadap kacang, strawberi, telur, coklat, atau kerang. Jangan terkejut tau! Walaupun kita dah selalu makan makanan itu sebelum ini tanpa masalah. Tapi kadang-kadang kita masih boleh kena alergi terhadap makanan itu!
  1. Gigitan serangga – Kalau kena gigitan serangga macam nyamuk atau penyengat pun boleh timbul gegata.
  1. Alergi ubat-ubatan – Ada juga orang yang mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan seperti penisilin, aspirin, atau ubat penahan sakit.
  1. Jangkitan virus – Selsema atau jangkitan virus ringan pun boleh buat kulit kita terkena gegata. Tubuh kita bertindak balas terhadap virus tu.
  1. Punca tak diketahui – Ada juga gegata yang tak diketahui punca sebenarnya. Situasi ni kita panggil ‘spontaneous urticaria’.

Cara Atasi/ Redakan Gegata!

Jadi macam mana nak atasi gegata ni kalau kita kena? Ada cara mudah yang boleh kita buat di rumah sahaja:

Gegata
  1. Jangan garu gatal-gatal itu. Kalau kita garu lagi teruk gegata tu!
  1. Sapu krim anti-gatal di kawasan gegata. Krim anti-gatal boleh dibeli di kedai ubatan dan farmasi.
  1. Tutup kawasan gegata dengan kain yang sejuk. Cara ini boleh mengurangkan rasa gatal kulit kita.
  1. Pakai pakaian yang longgar. Pakaian yang ketat boleh menyebabkan gegata bertambah menjadi teruk.

Sekiranya gegata kita semakin melarat. Kita perlu berjumpa doktor. Doktor akan berikan ubat-ubatan yang sesuai untuk atasi gegata itu.

Ubat antihistamine seperti Loratadine, Pitiron, Cetirizine (zyrtec), atau Desloratadine (Aerius) yang boleh membantu melegakan kegatalan gegata.

Peringatan Mesra

  • Sekiranya anak-anak yang bawah umur dua tahun alami gegata. Ibu bapa perlu membawa ke klinik dan berjumpa doktor kanak-kanak sebelum memberi anak anda ubat antihistamine.
  • Kalau gegata kita sangat teruk sampai kulit muka atau tekak bengkak dan susah untuk bernafas atau menelan. Itu tanda yang sangat bahaya! Kita kena segera ke hospital. 
  • Gegata itu boleh menyebabkan pembengkakan di dalam badan dan boleh menutup saluran pernafasan.

Jadi, jangan main-main dengan gegata ni.

Sekiranya alami gegata, segera ambil langkah yang betul dan dapatkan rawatan dengan segara!

Jangan risau, gegata ni bukan sebab jilatan jin atau benda mistik lain.

Ikuti blog-blog ini untuk mendapatkan perkembangan terkini berkaitan:-

Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Related Posts

Open chat
1
Hi, how can I help you?
Hello 👋
Can we help you?