fbpx
Eksperimen Sains

Eksperimen Sains Penuhi Cuti Sekolah Anak Anda! 🥼🧪

Pengenalan

“Alamak! Cuti sekolah dah nak dekat ni, habislah makin terperap lah Ali main telefon dalam bilik dia” – ujar Pn Fasha Sandha yang bermonolog kepada dirinya.

Eksperimen Sains

Cuti sekolah semakin hampir namun pasti ada dalam kalangan ibu bapa yang mengalami situasi sama seperti Pn Fasha. Ini kerana, kebanyakkan anak-anak mereka lebih gemar meluangkan masa seharian bermain telefon pintar dan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah sepanjang cuti sekolah.

Antara usaha yang boleh dilakukan oleh Ibu bapa bagi mengatasi masalah ini adalah dengan melakukan aktiviti eksperimen sains bersama-sama anak di rumah. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah dengan menggunakan barang-barang yang mudah didapati.

Eksperimen Sains
Eksperimen Sains

Jom admin kongsikan 5 eksperimen sains menyeronokkan yang boleh mengisi cuti sekolah anak anda. Pada masa yang sama dapat membantu anak anda memahami konsep asas biologi, kimia & fizik dengan mudah dan menarik!

1. Pengasing telur 🥚

Telur cukup sinonim dalam penggunaan masakan. Namun, ada kalanya banyak resepi masakan yang memerlukan untuk putih dan kuning telur diasingkan. Melalui eksperimen sains ini, dapat membantu anda untuk mengasing telur dengan mudah. Oleh itu, eksperimen pertama ini sangat sesuai dilakukan bukan sahaja anak-anak tetapi juga untuk Ibu bapa!

Bahan yang diperlukan:-

  • Telur Mentah 🥚🍳
  • Mangkuk atau Pinggan 🍽🍽
  • Botol kosong 🍾🍼

Penjelasan mengenai eksperimen ini 🔭

Ketika botol dipicit, udara akan dipaksa untuk keluar. Kemudian, apabila muncung botol dihalakan ke atas kuning telur & botol berhenti dipicit maka sedutan akan terhasil.

Penghasilan sedutan ini mengakibatkan udara dan kuning telur mengisi kekosongan botol dengan pantas!

Tekanan udara di dalam botol adalah lebih rendah berbanding di luar, maka udara akan menolak kuning telur masuk ke dalam botol.

2. Oobleck 🌈

Ketika musim PKP, eksperimen sains ini menjadi trend dalam kalangan ibu bapa bersama anak mereka.  Walaupun eksperimen ini agak comot dilakukan namun ianya menjadi trend di media sosial lebih-lebih lagi di TikTok & Facebook. Rata-rata ibu bapa yang mengikuti trend ini akan berkongsi aktiviti eksperimen di media sosial mereka.

Bahan yang diperlukan:-

  • Air 💧🌊
  • Tepung jagung 🌽
  • Mangkuk 🍽
  • Pewarna makanan 🌈

Penjelasan mengenai eksperimen ini 🔭

Tepung jagung apabila dicampur dengan cecair akan menghasilkan cecair bukan Newtonan. Apabila cecair bukan Newtonan dituang, ia akan bertindak seperti cecair, namun apabila dikenakan sesuatu daya seperti ditekan menggunakan tangan), ia akan bertindak. seperti pepejal.

3. Eksperimen Serbuk Penaik, Cuka & Belon 🎈

Kanak-kanak paling tertarik dengan belon.  Sifat belon yang ringan dan berwarna pasti menarik perhatian dan mengukir senyuman di wajah kanak-kanak. Namun, meniup belon agak memenatkan dan memeningkan buat sesetengah orang. Oleh itu, eksperimen sains ini akan memperlihatkan bagaimana belon boleh mengembang dengan hanya menggunakan beberapa bahan.

Bahan yang diperlukan:-

  • Cuka 
  • Botol dengan muncung tirus 🍾
  • Belon 🎈
  • Soda Penaik 

Penjelasan mengenai eksperimen ini 🔭

Apabila soda penaik dan cuka bercampur, ia akan bertindak balas & menghasilkan karbon dioksida (CO2) yang akan meniup belon.

4. Beg plastik ajaib 🤯

Beg plastik jenis Ziploc sering digunakan untuk mengisi dalam bentuk cecair, sos, makanan dan barang-barang lain. Beg Ziploc juga bersifat tahan lama dan memberi kemudahan kepada pengguna. Dalam eksperimen sains ini, kita akan melihat ketahanan beg ziploc selepas dicucuk pensil. 

**Sebelum itu, admin galakkan untuk lakukan eksperimen ini di dalam bilik air untuk mengelakkan daripada air tumpah dan melimpah.

Bahan yang diperlukan:-

  • Beg plastik jenis Ziploc 
  • Pensel yang diasah tajam ✏
  • Air yang mencukupi untuk mengisi beg plastik 🌊

Penjelasan mengenai eksperimen ini 🔭

Beg plastik  Ziploc dihasilkan menggunakan polimer yang fleksible. Apabila ia ditebuk, plastik akan meregang dan menghasilkan lekapan yang kedap dan kuat di sekeliling pensel. Oleh itu, beg ziploc tersebut tidak akan bocor.

5. "Gerak Tari" Kismis 💃

Tahukah anda? Disebalik rasa kismis yang masam dan manis, kismis turut menyimpan suatu rahsia yang besar. Rahsia yang membuat kita akan kagum dan terpesona tentang kismis. Jadi apakah rahsianya? Adakah anda dapat berjaya meneka rahsia kismis tersebut?

Ya betul, ternyata kismis mempunyai bakat menari! Terkejut? Ingin tahu dengan lebih lagi? Jom admin kongsikan eksperimen sains yang menarik ini untuk dilakukan oleh ibu bapa dan anak-anak ketika cuti sekolah nanti!

Bahan yang diperlukan:-

  • Kismis
  • Sebotol air  berkarbonat 🥤
  • Gelas lutsinar 🍷

Penjelasan mengenai eksperimen ini 🔭

Buih-buih kecil karbon dioksida yang terdapat dalam air berkarbonat akan “memerangkap” keduta dan lipatan yang terdapat pada permukaan kismis. Apabila buih ini melengkap pada kismis, kismis akan menjadi lebih ringan dan terapung ke atas.

Apabila tiba di permukaan, buih akan meletup, kemudian kismis menjadi berat semula dan tenggelam ke dasar. Proses yang berulang-ulang ini akan membuatkan kismis kelihatan seperti menari dan bergerak-gerak dengan ajaib.

Kesimpulan

Kesimpulannya, eksperimen yang admin cadangkan boleh dilakukan oleh ibu-bapa dan anak-anak sepanjang cuti persekolahan berlangsung. Eksperimen tersebut banyak mendatangkan faedah kepada pelajar sepanjang tempoh tersebut. Cuti sekolah bukanlah bermaksud pelajar mensia-siakan sewaktu tempoh tersebut. Sebalikya, pelajar harus mengisi masa terluang itu dengan pelbagai eksperimen yang dicadangkan di atas bagi mendapat faedah dan pengetahuan yang baru.

Sebelum admin mengakhir artikel kalini, admin ingin mengajak pembaca di luar sana untuk menyertai Kancil Science 2022!. Serlahkan kemampuan dan bakat anda dalam pertandingan  & membuka peluang untuk menyertai  International Junior Science Olympiad.

Berminat? Daftar sekarang! 👇👇👇👇

Hi, how can I help you?